Khamis, 8 Ogos 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Mayat Warga Myanmar Mati Ditikam <b>di</b> Pasar Borong <b>Selayang</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2013 08:34 AM PDT

alt

Gambar Contoh

 

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Seorang lelaki yang dipercayai warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di dadanya di kaki lima sebuah kedai di Pusat Bandar Utara berhampiran Pasar Borong Selayang dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata lelaki berumur lingkungn 25 hingga 30 tahun itu ditemui orang awam kira-kira 11.30 malam, tanpa sebarang pengenalan diri padanya.

Lelaki itu ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap serta berlumuran darah di badannya.

"Polis tidak menemui sebarang senjata yang digunakan suspek. Polis syak mangsa terlibat dalam pergaduhan sebelum itu dan mungkin ada kaitan dengan kegiatan dadah," katanya kepada Bernama.

Zakaria berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

 

Last Updated on Sunday, 04 August 2013 23:52

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads