12 di bangi - Google Blog Search |
Pendaftaran <b>di</b> Kolej Keris Mas, UKM <b>Bangi</b> - Lestari Kehidupanku <b>...</b> Posted: 03 Sep 2013 11:54 PM PDT Alhamdulillah. Selesai sudah pendaftaran Ayong di Kolej Keris Mas, UKM Bangi pada hari Ahad lepas, 1hb September 2013. Senang dan cepat je proses pendaftarannya, asalkan dokumen2 yang diperlukan cukup lengkap. Kami bertolak ke Putrajaya pada hari Sabtu, 31hb Ogos 2013. Sampai ke Presint 8 dalam pukul 8:15 malam. Emak, Mak Su, Fitery dan Alia turut datang dari kampung. Mereka sampai lewat sikit daripada kami sebab mereka bertolak lebih lewat. Wajah kesayangan hamba... Kami bertolak ke UKM dari Presint 8 sekitar jam 10:00 pagi. Dekat je kata adik saya. Kami pergi satu kereta je. Adik saya yang memandu. Hubby jadi penumpang...duduk kat belakang lagi tu! Saya jadi co-pilot (**kengkononnya**). Salam dulu dengan semua sebelum berangkat... Pintu masuk utama ke UKM. Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Tapi untuk mendaftar di Kolej Keris Mas, kami tidak menggunakan pintu utama. Sebaliknya kami diarahkan masuk melalui pintu kedua yang berhampiran dengan padang ragbi. Kawasan di sekitar jalan utama sedang dalam pembinaan. So jalannya jadi satu lorong je. Koleh Keris Mas ni pulak terletak nun jauh di belakang...merupakan kolej yang paling jauh sekali. Inilah dia keris masnya. Agak2 kalau digadai ni laku tak? Terpacak megah di hadapan bangunan pentadbiran kolej... Inilah bilik kediaman Ayong. Terletak di tingkat 2. Satu bilik dua orang. Yang sebelah tu dah bertuan tapi tuannya tak ada dalam bilik semasa kami sampai. Mungkin dia datang lebih awal. Susun mana yang sempat je sebelum jam 2 petang kerana program mereka bermula jam 2 petang. Adik dan Abang Ngah. Moga diorang akan menurut jejak Ayong di masa akan datang. In shaa Allah... Adik saya bersama Wawa dan Adik... Abah dengan anak...bincang apa entah. Pak Anjangnya menjadi waris terdekat... Inilah roommate Ayong...yang memegang beg kuning tu. Yang saya tahu namanya Mai. Mengambil kursus yang sama dengan Ayong. Orang Kelantan. Yang berdiri tu emaknya. Moga ada keserasian di antara mereka nanti. In shaa Allah. Menjelang jam 2 petang, masa untuk berpisah. Selamat tinggal Ayong. Jaga diri baik2. Jaga tingkah-laku. Jaga solat. Belajar rajin2. Kami sentiasa doakan kejayaan Ayong. Sayang Ayong!!! |
You are subscribed to email updates from di bangi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan