12 di meru - Google Blog Search |
Posted: 21 Aug 2013 07:55 PM PDT Salam semua!.. minggu ni dah mula sibuk. Sibuk beraya, baraan dan ada keje sikit. Tentu kengkawan pun sama kan.. Gambar raya ni dah lama upload tapi cerita tak sempat buat lagi.. hari ni baru tersempat. Kali ni beraya di sebelah emak abah Che Mid pulak k.. (Oops, sebelum tu, syok sangat baca komen entri lepas.. terutama tentang gambar senget kiri kanan tu he he) Cuma yang tak bestnya abah mertua Che Mid dimasukkan ke hospital sejak 4 hari lepas sebab diabetis, mungkin diet lepas raya yang kurang sihat) Menu pertama Che Mid di rumah sendiri, selepas balik dari kampung. Ketupat segera, kuah lodeh dan daging palembang. Menu permintaan Farah sebelum balik Penang. Sepatutnya kami beraya rumah emak abah, tapi kali ni terbalik.. emak abah terlebih dulu sampai sebab nak makan di rumah kami. " Mak, malas masak hari ni.." Sudahnya kami bermaafan di rumah Che Mid je la.. Keluarga adik Lina, adik Che Mid ke empat, pun datang sekali. Farah dengan nenek dan atuk Farhan.. paling manja dengan atuk dan nenek Ustazah Farah nak mula shooting "Tanyalah Ustazah" ha ha Rumah pertama dilawati selepas bermaafan dengan emak abah. Suka sekali dapat ambik gambar sedara mara yang tua-tua. Ini gambar Cik Suror, adik abah, yang sentiasa tersenyum. Memang tak pernah tengok dia marah... Ini gambar Wak Long Samsuri, abang mak Che Mid dan wak Usu. Wak Long ni pun tak pandai marah dan terlalu baik hati. Tiga sepupu mencelah.. yang tua duduk makan kuih, yang kecik-kecik menjelajah rumah.. tapi setakat ini takde cawan yang pecah ha ha.. ok la kan.. Bila beraya lebih suka bawa kereta kecik senang nak parking di laman rumah orang ke, tepi jalan ke.. tapi.. ek eleh.. sangkut gak.. apadda!! Nasib baik abahnya yang bawak, kalau ibu ke atau Ayan.. mau kena marah! Ini Cik Dhur, adik abah.. Che Mid selalu rasa yang perangai Che Mid banyak ikut dia.. banyak mulut ha ha! Tapi sekarang ni, dia tak berapa dengar.. kami riuh rendah kt laman rumah dia menarik kereta yang terjeblos dalam longkang.. Cik Dhur rilek je tengok tv.. pintu terbuka pulak tu.. Cik Dhur memang pandai masak.. ini kolang kaleng atau halwa kabung.. jadi rebutan.. Dengan Che Abang dan paling kanan Cik Ali, adik abah. Isterinya tu sebaya Che Mid tau.. bulan depan nak dapat menantu .. Insyaallah.. Lepas Asar kami ke Kampung Jawa Klang menziarahi kakak abah. Ini suaminya Wak Man yang dah berumur 85 tahun dan sangat uzur. Tapi kali ni, dia banyak berbual dengan kami. Bercerita tentang macamana boleh berkahwin dengan isterinya, Wak Rom, atas 'perintah' arwah maknya. Masa tu Wak Rom cuma 13 tahun umurnya. Lepas nikah je, tak sempat menjamu selera, Wak Rom dah pergi main di kebun nenas dengan kawan-kawan ha ha.. Sukaanya... bergambar dengan Kak Ela, dan Wak Rom (tudung hitam).. tentu cumilkan waktu umur dia 13 tahun..hihi Balik dari rumah Wak Rom, kami ke restoran feberet abah.. Restoran Bismi di depan KTM Klang. Abah Che Mid selalu ke restoran ni dari dia kecik dulu.. naik basikal tau.. tentu banyak sentimental value hingga sampai sekarang masih suka ke situ sekali sekala.. tapi naik kereta le...tengok Inka, budak kecik paling kanan.. eh eh .. tau nak bergambar ya.. Deeja dan kakak dan roti canai.. Nana dan anak-anak dan emak.. Restoran tu kan depan stesen keretapi.. setiap kali keretapi lalu, budak-budak ni panjat kerusi nak tengok... Adik Lina dan Iman.. balik umrah beberapa hari sebelum raya.. Bersolat maghrib dan makan-makan di rumah anak angkat mak. Sangat cantik rumah dia tau.. Lima beranak.. ada dua lagi anak perempuan dan dua anak lelaki mak takde sama.. Farah sempat jumpa dengan kawan baik di sekolah Teknik yang kebetulan tinggal berdekatan. Sekarang dah berpisah jauh.. Farah di Penang, kawan dia ni di Terengganu.. Inilah tuan rumah.. Fuhh.. penat seharian beraya tapi ada banyaaaaak lagi rumah sedara mara tak terpergi..Insyaallah..ada rezeki kita jumpa ya.. |
KEBAKARAN RUMAH JUTAWAN KOSMETIK VIDA BEAUTY: 3 Maut! Posted: 03 Aug 2013 02:21 PM PDT Ahad, 4 Ogos 2013 KEBAKARAN RUMAH JUTAWAN KOSMETIK VIDA BEAUTY IPOH 4 Ogos - Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut. Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10. Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat. Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri. Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal. Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam. Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan. "Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat. Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian. Al-fatihah & Takziah diucapkan kepada pengasas kosmetik Vida Beauty, Dato' Vida Takziah diucapkan kepada pengasas kosmetik Vida Beauty, Dato' Vida diatas pemergian dua orang cahaya matanya iaitu Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.Seorang lagi mangsa terbunuh ialah Mohd. Nor Syamil, 26.Kejadian berlaku di di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di Ipoh malam tadi. Kebakaran itu memusnahkan rumah tersebut, termasuklah kenderaan seperti kereta Bently,Perodua kancil dan beberapa buah motosikal. Semoga Dato' Vida tabah menghadapi dugaan ini.Bayankanlah, beberap hari lagi untuk berhari raya, beliau ditimpa musibah ini. Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan siasatan Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan siasatan di rumah dipercayai milik pengasas Pusat Kecantikan Vida Beauty yang musnah dalam kebakaran di Meru Hills di Ipoh, Perak, kira-kira pukul 9 malam Sabtu. Dalam kebakaran itu, tiga maut termasuk dua daripada merupakan anak kepada pengasas pusat kecantikan itu. Dua Anak Pengasas Vida Beauty Maut Dalam Kebakaran, Jenazah Selamat Dikebumi Oleh IVAN LOH dan EDMUND NGO Suasana pilu dapat dirakamkan ketika Pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hamiza Osman atau dikenali sebagai Vida bersama dua anaknya Eric Zakuan,5 dan Noradeline, 8, menyiram air mawar ke pusara dua lagi anaknya yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh, Ahad. Anak sulung VIda, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd. Amin, 11, dan anak keduanya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja Muhammad Nor Syamil Zaidi, 26, maut dalam kebakaran yang berlaku malam Sabtu. - fotoBERNAMA IPOH: Dua anak lelaki kepada pengasas produk kosmetik Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman, dan seorang lagi meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru di sini. Mayat Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10, ditemui di bilik mandi manakala mayat Mohd Nor Syamil, 26, ditemui di tingkat atas selepas kebakaran yang berlaku pada pukul 9.20 malam Sabtu. Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan rumah bahagian tepi teres dua tingkat yang digunakan sebagai asrama untuk kakitangan Dr Hasmiza. Mohd Nor Syamil dipercayai kakitangan Dr Hasmiza. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata salah seorang daripada dua kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan sedang duduk di atas lantai dan yang lain ditemui terbaring di atas lantai. Samasuvam berkata dua lelaki berjaya melarikan diri daripada kebakaran dengan melompat keluar dari tingkat atas. Salah seorang daripada mereka dipercayai patah kaki. Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan siasatan di rumah pekerja milik pengasas Pusat Kecantikan Vida Beauty yang musnah dalam kebakaran di Meru Hills, Ipoh, kira-kira pukul 9 malam Sabtu. -fotoBERNAMA "Terdapat beberapa letupan kecil di rumah dan kebakaran itu agak besar," katanya sambil menambah kebakaran itu telah berjaya berada di bawah kawalan kira-kira 30 minit. Sebuah kereta Bentley dan kereta Perodua Kancil dan beberapa motosikal telah rosak dalam kebakaran. Dr Hasmiza sedang berada di Pulau Pinang pada masa kejadian. Beliau tiba di rumah pada kira-kira pukul 11.30 malam selepas diberitahu tentang kejadian tersebut. Jenazah kedua-dua kanak-kanak lelaki itu telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Meru pada kira-kira pukul 10 pagi Ahad. Dr Hasmiza merupakan pengasas produk kecantikan Vida, yang merupakan pengedar utama untuk produk penjagaan kulit dan makanan tambahan pemakanan. Beliau juga adalah penerbit kepada program 'talk show' beliau sendiri - Diva De Vida. Produk HEBAT Khasiat HEBAT.....QU PUTEH Iftar & Sumbangan Raya II |
You are subscribed to email updates from di meru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan