Isnin, 2 September 2013

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Kiulu Kini | Berakit <b>Jeram Di</b> Kiulu

Posted: 01 Aug 2013 09:21 AM PDT

Berakit jeram di Sungai Kiulu telah dimulakan sejak lebih 15 tahun yang lalu dan ianya pada asalnya diwujudkan oleh pengusaha pelancongan yang gemarkan aktiviti lasak. Sungai Kiulu yang diketegorikan pada Gred 1 dan 2 kini telah berjaya menarik minat sekurang-kurangnya 17 pengusaha berakit jeram untuk beroperasi disini.

Setiap hari sekurang-kurangnya 200 orang pelancong dari dalam dan luar negara akan berkunjung ke Kiulu untuk melakukan aktiviti berakit jeram ini.

Bayaran berpatutan diantara RM80 sehingga RM200 dikenakan bergantung kepada pakej yang dipilih oleh pelancong-pelancong tersebut.

Laluan berakit sepanjang 15KM iaitu diantara Kg. Pukak dan Pekan Kiulu merupakan laluan paling popular kerana sepanjang laluan ini terdapat banyak jeram yang menyediakan cabaran kepada peserta berakit jeram.

Selain air sungai Kiulu yang jernih, pemandangan di sepanjang laluan ini juga sangat menenangkan bagi pengemar pemandangan luar bandar.

Selain dari itu, habitat ikan di sungai Kiulu juga masih dikekalkan dengan adanya amalan Sistem Bombon/Tagal yang telah dilaksanakan oleh penduduk kampung sepanjang sungai ini dan berjaya mewujudkan daya tarikan baru kepada pelancong.

Satu contoh tarikan baru hasil dari amalan Sistem tagal ini boleh dilihat di Kg. Poturidong Kiulu di mana pelancong berakit jeram boleh singgah bermain dengan ikan-ikan sungai yang jinak.Kg. Poturidong Kiulu ini terletak dipertengahan laluan sepanjang 15KM ini dan pada  ketika ini pelancong hanya dikenakan bayaran untuk makanan ikan sahaja.

Tarikan baru di sungai Kiulu ini diharap pada masa akan datang dapat diintegrasikan oleh pengusaha pelancongan berakit jeram didalam promosi pemasaran mereka dimasa akan datang dan diharapkan agar integrasi ini akan turut memberi keuntungan "menang menang" diantara pengusaha dan penduduk kampung.

Lokasi Sungai Kiulu yang terletak kira kira 70KM keutara Kota Kinabalu dan boleh dikunjungi dengan menaiki kereta kira kira sejam perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu menjanjikan pengalaman menarik untuk perjalanan percutian sehari anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads