Isnin, 2 September 2013

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Polis tembak Geng 04 ikut prosedur, IPD <b>Kuala Langat</b> disembur cat <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 09:30 PM PDT

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dikejutkan dengan semburan cat merah membentuk nombor '04', awal pagi.

Anggota patuh SOP, nafi lepaskan 30 tembakan

Georgetown: Polis menafikan dakwaan dilemparkan keluarga kepada lima lelaki yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong, dekat sini kelmarin bahawa anggotanya tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang operasi itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mengikut SOP ditetapkan sebelum mengambil sebarang keputusan dalam operasi berkenaan.

"Mengenai dakwaan polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis.

Maut balas tembakan

"Kita bertindak balas mengikut SOP dan hanya beberapa tembakan dilepaskan dan mengenai mereka, bukan seperti yang didakwa pihak berkenaan (keluarga suspek)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Petugas Op Selamat 3/2013, di sini semalam.

Awal pagi kelmarin, sekumpulan penjenayah berusia antara 20 hingga 30-an yang dipercayai anggota kongsi gelap maut selepas berbalas tembakan dengan polis yang menyerbu sebuah pangsapuri. Polis kemudian menemui tiga pucuk pistol bersama suspek yang dipercayai terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.


Mengenai desakan keluarga suspek yang mahu melakukan bedah siasat kali kedua serta inkues kejadian berkenaan, Abdul Rahim berkata, polis mereka boleh membuat permohonan untuk tujuan berkenaan.

Beliau turut menafikan khabar angin bahawa saki baki anggota geng kongsi gelap itu cuba menyerang polis kerana marah dan ingin membalas dendam kematian rakan mereka, namun menegaskan polis tidak akan membiarkan begitu saja jika benar ada ancaman sedemikian.

Sementara itu di Banting, Selangor, dinding belakang bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat diconteng dengan semburan cat merah membentuk nombor '04', awal pagi semalam sebelum disedari orang ramai kira-kira jam 7 pagi dan dimaklumkan kepada kepada petugas IPD berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, ketika dihubungi, bagaimanapun menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kematian lima anggota kumpulan kongsi gelap yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong, sebaliknya menyifatkan ia sekadar perbuatan vandalisme.

"Semburan cat nombor 04 juga kelihatan di beberapa kawasan lain di Kuala Langat seperti pekan Banting sebelum ini. Apa pun, kita sedang menyiasat dalangnya dan berharap orang ramai menyalurkan maklumat jika tahu mana-mana individu yang melakukan perbuatan berkenaan," katanya.

Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads