Khamis, 26 September 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Exco Agama <b>Selangor</b> Dakwa Bermukim <b>Di</b> Bangkok Untuk Intai <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 10:49 PM PDT

AIDCNews – 25/09/13 – Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri Selangor, Sallehin Mukhyi mendakwa langkah kerajaan negeri mengadakan permukiman di Bangkok, minggu lalu adalah bagi melihat secara dekat latar belakang operasi syarikat yang ingin melabur di Selangor.

"Kita juga nak mencapai dan melihat sebagaimana Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim) sebut beberapa syarikat yang (akan) melabur begitu besar di Selangor ini.

"Sebab itu kita buat di sana.. jadi kalau di sini kita tak dapat gambaran sebenar," katanya ketika ditemui Antarapos.

Sebelum ini beberapa exco yang turut sama dalam delegasi kerajaan negeri ke Bangkok menjelaskan tujuan pemukiman di luar negara adalah bagi mengelakkan 'gangguan' dan ketidakhadiran exco dalam mesyuarat mingguan seperti kebiasaannya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata, pemukiman tersebut bertujuan membincangkan pelan tindakan lima tahun bagi pembangunan sosio ekonomi rakyat Selangor.

Katanya lagi, kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan syarikat yang memiliki banyak pusat beli-belah di Thailand, Kumpulan Central Pattana yang melabur RM500 juta untuk membina sebuah pusat membeli-belah di I-City Shah Alam.

Namun apa yang menghairankan, rombongan tersebut melakukan perbincangan dengan Central Pattana tanpa kehadiran wakil dari I-Berhad, dan ia disahkan oleh setiausaha akhbar Khalid, Arfaeza Abdul Aziz.

Ini sekaligus menimbulkan persoalan mengapa tidak syarikat tersebut sendiri yang mengambil peluang untuk mendapatkan syarikat pelabur bagi pembinaan pusat membeli-belah berkenaan.

ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus dilaporkan Antarapos sebelum ini menyelar langkah kerajaan negeri Selangor membawa kesemua exconya bermesyuarat di Bangkok sebagai tindakan membazir dana awam.

Katanya, wang yang digunakan bagi membiayai pemukiman (retreat) barisan exco itu boleh dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat.

"Sebagai sebuah negeri yang berkebajikan apabila membawa exco mesyuarat ke luar negara beerti mereka bermewah-mewah, jadi di mana kebajikan kepada rakyat yang dijanjikan?

"Kalau tidak bermesyuarat di luar negara sudah tentu perbelanjaan untuk membawa exco tu boleh digunakan untuk membantu rakyat yang miskin yang memerlukan bantuan.

"Sepanjang tahun ini berapa perbelanjaan kerajaan negeri gunakan untuk menghantar wakil rakyat mereka samada yang mesyuarat exco ataupun lawatan-lawatan lain," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads