Isnin, 14 Oktober 2013

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Belia Bangkit: LAGI!! 4 Penjenayah Ditembak Mati!!!Kali Ini <b>Di Ampang</b>

Posted: 11 Oct 2013 01:23 AM PDT



Empat daripada enam ahli Geng Ah Fatt yang aktif menyamun sejak lima tahun lalu mati ditembak polis dalam kejadian di rumah sewa mereka di Tingkat 15 Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hiliran, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, empat penyamun terbabit dipercayai baru menyamun sebuah rumah di Bukit Antarabangsa, Ampang, kira-kira jam tiga pagi. 
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, berkata sebelum kejadian itu polis menahan seorang lelaki dipercayai menghantar suspek pulang ke rumah selain berurusan membeli barangan yang baru disamun geng itu.
"Empat lelaki dipercayai warga Indonesia berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditembak sebaik polis menyerbu masuk rumah mereka.
"Pemeriksaan dalam rumah suspek menemui sepucuk pistol revolver dan sebilah parang yang disyaki digunakan untuk menyamun," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads