Ahad, 6 Oktober 2013

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


8 Gadis Aceh Urut & Jual Tubuh <b>Di</b> Pangsapuri <b>Sunway</b>.. -myMetro

Posted: 05 Oct 2013 08:11 PM PDT


Petaling Jaya: myMetro pagi ini melaporkan..

"Kalau datang siang, orang lain layan abang. Kalau abang datang malam, kami pula layan abang. Biasalah, kami kerja di kilang dan terpaksa mengikut syif (giliran bekerja). Bila dah balik kerja kilang, baru boleh buat kerja ini," kata Maya, 26.

Dia antara lapan gadis berasal dari Aceh yang dikesan menjalankan kegiatan mengurut dan menjual tubuh secara sambilan di sebuah unit pangsapuri kos sederhana di Sunway Mentari, Bandar Sunway, di sini, bagi menampung kos kehidupan di perantauan.

Beroperasi sejak setahun lalu, rumah berkenaan yang terletak di tingkat enam pangsapuri itu langsung tidak kelihatan seperti rumah pelacuran kerana penghuninya bijak melindungi kegiatan mereka dengan menjadikannya sebagai asrama untuk pekerja kilang.

Difahamkan, khidmat gadis Aceh berkenaan mendapat sambutan hangat pelanggan, terutama warga asing, berikutan ia sukar diperoleh berbanding gadis wilayah lain dari Indonesia.

Wartawan Metro Ahad yang mendapat maklumat daripada penduduk di situ, menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki rumah itu. Jelas, ia dihuni beberapa pekerja kilang yang menjalankan kegiatan pelacuran pada waktu senggang.

Menurut  Tgk Mansur Din Pengerusi PKBAM (Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia) sewaktu dihubungi Weblog IH sebentar tadi.. (gambar)

"Saya amat prihatin, sedih dan akan siasat kebenarannya. Walaupun begitu saya ucapkan terima kasih kepada myMetro yang membongkarnya!" (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads