Ahad, 6 Oktober 2013

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Selangor Tubuh Jawatankuasa Khas batalkan projek kondominium <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 01:42 AM PST

SHAH ALAM, 20 NOVEMBER: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk membatalkan projek pembinaan 'service apartment' setinggi 29 tingkat di Batu Caves.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, berkata kerajaan negeri akan bertindak secara profesional tidak boleh sesuka hati membatalkan projek itu kerana ia membabitkan bayaran pampasan kerana setakat ini 60 peratus kondominium itu sudah dibeli.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya menunggu sehingga BN dapat mengambilalih pemerintahan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 untuk membatalkan projek itu kerana kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa membatalkan lesen pemaju.

Menjawab soalan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari mengenai tindakan kerajaan negeri terhadap kondominium itu, Liu berkata, kerajaan BN tidak sepatutnya berdolak-dalik dan menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sedangkan projek itu dluluskan ketika BN memerintah negeri itu.

"Terdapat dua kaedah yang boleh diambil Kerajaan Persekutuan untuk membatalkan projek Dolomite Sdn Bhd terbabit iaitu membatalkan permit jualan projek itu dan mengambil tindakan membatalkan lesen pemaju melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)," katanya ADUN Pendamaran itu.

Sebelum ini media pro-BN menuduh kerajaan PR negeri Selangor bertanggungjawab terhadap pembinaan kondominium itu sedangkan projek itu diluluskan sejak 2007 ketika BN memerintah negeri Selangor. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads