Khamis, 10 Oktober 2013

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Masyarakat DUN <b>Batu Caves Di</b> Jemput Hadir Majlis Aidilfitri <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 07:11 PM PDT

Batu Caves, 21 Ogos : Masyarakat sekitar DUN Batu Caves peringkat Parlimen Gombak di jemput hadir bersama meraikan Majlis Jamuan Aidilfitri pada 24 Ogos, 2013 (Sabtu) di Padang Awam Batu Caves berhampiran Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Batu Caves.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari berkata, majlis ini diadakan bertujuan merapatkan siraturrahim sesama insan tanpa kira agama, bangsa dan parti.

Menurutnya, majlis yang berlangsung pada jam 8 Malam memberi peluang kepada rakyat hadir dengan ahli keluarga kerana masa pagi dan petang berbagai jemputan yang perlu mereka hadir. Maka dengan itu waktu yang sesuai diadakan dikawasan ini adalah sebelah malam.

Tambah beliau lagi, dengan adanya majlis seperti ini rakyat berpeluang bertemu dan mengenali semua pimpinan Pakatan Rakyat Gombak. Tiada jurang antara pimpinan rakyat. Mereka perlu dilayan dengan baik dan sama rata. Hasil kerajaan negeri yang diusahakan oleh semua pimpinan PR perlu dikongsi bersama rakyat.

Justeru saya amat berharap semua rakyat sudi hadir majlis jamuan rakyat DUN Batu Caves. Tidak kira samada mereka duduk diluar kawasan Batu Caves atau dimana saja saya mengalukan kehadiran mereka, katanya kepada pemberita di pejabatnya, disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads