Khamis, 10 Oktober 2013

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Nizam.Ariff: Mee Bandung Muar tapi <b>di</b> USJ <b>Subang Jaya</b>

Posted: 01 Oct 2013 11:30 PM PDT

.

 Tengok gambar dulu...

Gerai No. 8 di foodcourt di depan perumahan Goodyear Court 3, USJ.

Aku tak pernah makan Mee Bandung Muar yang terkenal itu.
Jadi, apabila aku makan yang ini, aku rasa macam makan Mee Bandung Muar jugalah.
Kuahnya pekat, ada daging, ada tauhu, ada udang... ada telur celur kuah tu.
Bagi aku, rasanya memang dah sedap... taklah macam mee bandung yang biasa aku makan.
Mee bandung yang biasa aku makan tu kuahnya terasa sos cili yang dicairkan... dan manis!

Tapi kawan aku kata, rasanya belum sampai ke tahap yang di Muar.
Katanya sebab yang di Muar kuahnya ada kacang, sedangkan yang ini kacangnya ditaburkan.
Apabila sampai sahaja mee, kawan-kawan terus cakap, "Ni tak cukup untuk Nizam".
Tapi aku rasa dah sedap dah... boleh mengulang lagi nanti.
Cuma lain kali aku nak suruh tambah mee...

Kita tengok gambar lagi...

Yummmmmmmmyyyy...

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads