Sabtu, 12 Oktober 2013

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Guru menyamar pegawai polis ditahan <b>di Dengkil</b> – Perak Today

Posted: 09 Oct 2013 11:00 AM PDT

gari 1SHAH ALAM 9 Okt. – Seorang guru yang menyamar sebagai pegawai polis diberkas dalam Ops Cantas Khas di sebuah hotel bajet di Taman Dengkil Centre Point, Dengkil dekat sini, 4 Oktober lalu.

Turut dirampas dalam serbuan pukul 10.30 malam itu ialah sepucuk pistol tiruan, pisau, walkie-talkie, beret dan kereta Proton Waja milik suspek.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ketika ditahan suspek sedang mendekati dua warga Bangladesh dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan.

Bagaimanapun kata beliau, selepas siasatan dibuat suspek yang berusia 36 tahun mengaku bekerja sebagai guru dan mengajar di sebuah sekolah di Putrajaya.

"Tindakan suspek dipercayai bertujuan menakut-nakutkan warga asing terbabit," katanya kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shukri, pihaknya kini sedang menyiasat penglibatan suspek dalam kegiatan jenayah lain.

"Suspek telah ditahan reman bermula 5 Oktober lalu hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan," ujarnya.

- UTUSAN

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - 71 Pati Ditahan <b>Di Dengkil</b>

Posted: 01 Sep 2013 02:24 AM PDT

Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

1 Sep 2013, 05:24pm by mahirah shah



Di Dengkil, Selangor pula Jabatan Imigresen Negeri dengan kerjasama ikatan Relawan rakyat Malaysia, Rela menjalankan operasi memburu pati hingga ke dalam hutan.

Hasilnya 50 pati warga Indonesia dan Bangladesh diperiksa, 21 daripada mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Sementara itu, dalam serbuan di Klang penguatkusa Imigresen memeriksa 110 warga asing.

50 pati warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Myanmar ditahan.

Kesemua pati dibawa ke depoh tahanan Putrajaya untuk tindakan lanjut dan siasatan akan dilakukan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Putrajaya, Saravana Kumar berkata tempoh operasi fasa pertama bermula hari ini sehingga 31 Disember dan operasi seterusnya akan diteruskan dalam fasa kedua dan ketiga.

Katanya, buat permulaan operasi akan tertumpu di kawasan penempatan haram yang terletak di tapak pembinaan.

Turut diberi tumpuan beberapa kawasan lain seperti ladang, rumah urut, pusat hiburan serta penempatan setinggan.

Sebelum ini pihak Kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi Negara yang terbabit telah dimaklumkan secara rasmi berhubung operasi ini.

Manakala menerusi pelaksanaan program penyelesaian menyeluruh pati, 6P KDN telah mendaftarkan 1.3 juta pati.

Tepat jam 12 tengah malam tadi, lebih setengah juta pendatang asing mula diburu dalam operasi berskala besar oleh pihak berkuasa di seluruh negara.

Unjuran meletakkan terdapat lebih setengah juta pendatang tanpa izin berada di negara ini.


Tiga sekeluarga ditemui mati dikelar <b>di Dengkil</b> | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 29 Aug 2013 01:01 PM PDT

- Friday: 2013-08-30 04:01:09'.

tiga sekeluarga dikelar dengkil

Tiga beranak termasuk bayi perempuan berumur dua tahun ditemui mati dibunuh dengan pelbagai kesan kecederaan termasuk kelar di leher dalam sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, Dengkil sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu seorang nenek berumur 64 tahun ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala bayi tersebut dikelar di leher.

"Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat berasingan iaitu di ruang tamu, dapur dan bilik utama di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa yang berumur tujuh tahun yang baru sahaja pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang.

"Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang,"katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Imran, bergerak atas maklumat tersebut, polis menemui ketiga-tiga mangsa dalam keadaan berlumuran darah di tiga lokasi berbeza.

Selain itu katanya, polis akan menyiasat kes tersebut daripada pelbagai aspek termasuk dendam mahupun rompakan kerana hasil siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di rumah mangsa.

"Rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun mahupun pergelutan, polis kini sedang giat mengesan senjata yang digunakan serta motif kejadian," katanya.

katanya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan ditalian 03-8772 422 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Mas Ayu, 27 berkata, pada pukul 11 pagi dia ada terdengar bunyi bising daripada rumah mangsa.

"Selepas terdengar bunyi bising saya ada meninjau keadaan di rumah mangsa, namun tiada apa-apa kejadian yang mencurigakan berlaku.

"Sekitar rumah mangsa pada ketika itu juga tiada sebarang kenderaan yang mencurigakan dan saya fikir ia mungkin pergaduhan biasa yang tidak serius," katanya.

Katanya, sepanjang mengenali keluarga mangsa tiada sebarang masalah yang timbul, malah tiada pergaduhan besar melibatkan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads