12 di petaling jaya - Google Blog Search |
- GANGGUAN PREMIS KARAOKE TERBUKA <b>DI PETALING JAYA</b>
- Greenblacks: Promosi Alat Seks <b>Di Petaling Jaya</b>
- 15 sekolah <b>di PJ</b> sertai pertandingan bangunan ceria - Selangorku
GANGGUAN PREMIS KARAOKE TERBUKA <b>DI PETALING JAYA</b> Posted: 03 Sep 2013 11:43 PM PDT As Salam. Saya memohon jasabaik tuan untuk membantu kami, penduduk PPRT TAMAN PUTRA DAMAI, LEMBAH SUBANG, 47301 PJ. lokasi yang tepat, antara blok H dan blok G. Sejak awal tahun, telah didirikan pondok berkaraoke dan aktiviti bermula pada 9 malam hingga 12 malam, setiap hari. Oleh kerana PPRT ini di bawah seliaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, MBPJ, banyak aduan telah diajukan oleh penduduk berkaitan karaoke terbabit tetapi tidak diendahkan langsung oleh MBPJ. Setelah aduan tidak dihiraukan, saya telah memajukan aduan kepada Biro Pengaduan Awam, juga tidak dihiraukan kerana tidak tahan dengan bunyi bising pada setiap malam, saya telah mengadu kepada YB HALIMAH ALI, EXCO SELANGOR, juga tidak dihiraukan dan beliau menyuruh saya mengadu kepada MBPJ. Saya memberitahu YB HALIMAH bahawa saya pernah berbuat demikian hingga kini tiada respon daripada YB HALIMAH. Seorang warga emas telah ke JABATAN PERUMAHAN NEGARA untuk membuat aduan. Mereka memaklumkan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa apa. Laporan polis di Ara Damansara juga telah dibuat atas sebab mengganggu ketenteraman penduduk. Difahamkan pusat karaoke itu dimiliki oleh individu pemegang dokumen penduduk tetap. Ia dinaungi oleh Ahli Majlis bahagian Petaling Jaya. Pernah beberapa kali diadakan pertandingan karaoke dan dirasmikan oleh Ahli Majlis tersebut. Lesen pun ada. hairan, karaoke di kawasan perumahan dan tempat terbuka. Bagaimanakah boleh diluluskan? Kepada siapakah lagi kami perlu meminta bantuan? Saya amat berharap dengan kenalan yang tuan ada, sudilah kiranya tuan membantu kami. Robohkan gerai karaoke itu. Jasa baik tuan membantu kami, Allah jua yang mampu membalasnya. Saya erdoa semoga Allah melorongkan tuan, memudahkah tuan utk membantu kami. Buatlah liputan atau apa sahaja, kami alu-alukan. semoga Allah merahmati tuan. Journalis Maya : UglyDuckling |
Greenblacks: Promosi Alat Seks <b>Di Petaling Jaya</b> Posted: 24 Sep 2013 05:17 AM PDT Iklan haram: Promosi alat seks BUKAN setakat pinjaman wang segera, peralatan seks turut dipromosi dalam iklan haram dan disebarkan di merata-rata tempat. Bagi membanteras gejala ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan operasi penyamaran bagi membolehkan tindakan diambil ke atas pemilik iklan haram perniagaan peralatan seks itu. Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria berkata, anggota penguatkuasa bertindak untuk menyamar sebagai pelanggan dengan menghubungi nombor yang terpampang pada iklan penjualan barangan seks yang diletakkan di tepi jalan. Menurut Zainun, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan pihaknya mendapatkan kesahihan berhubung iklan penjualan barangan haram terbabit sebelum mengambil tindakan. "Anggota penguatkuasa akan menghubungi nombor yang terdapat pada iklan peralatan seks itu," katanya kepada Sinar Harian. Menurut Zainun, pihaknya terpaksa berdepan dengan beberapa cabaran memandangkan kebanyakan nombor telefon yang dihubungi merupakan nombor ejen jualan. "Penguatkuasa kononnya mahu membeli peralatan seks yang diiklankan. Helah itu menjadi dan ejen jualan terbabit berjaya diberkas dan diserahkan kepada polis ketika mahu menghantar barang yang dipesan kepada anggota penguatkuasa yang melakukan penyamaran," katanya. Tambah Zainun, keadaan berkenaan menyukarkan tindakan diambil ke atas pemilik sebenar dan mereka akan meneruskan operasi ini selepas ini. "Ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil MBPJ walaupun terpaksa berdepan dengan beberapa risiko bahaya dan mengancam nyawa," katanya. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Zainun memaklumkan pihaknya telah membuat penyamaran sebanyak 50 kes tahun lalu. Zainun berkata, dari jumlah berkenaan, pihaknya juga turut menjalankan sitaan peralatan seks berkenaan menerusi operasi yang dijalankan sebelum ini. Selain itu, Zainun turut menjelaskan bahawa pihaknya telah menghantar sebanyak 70 nombor talian telefon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu penjualan barangan seks tersebut. Jelasnya, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan SKMM menjalankan siasatan terperinci berhubung nombor yang digunakan oleh pihak terbabit. "Kita tidak sekadar menyamar, malah pasukan penguatkuasa turut memanjangkan hal ini kepada SKMM bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil," katanya. Menurut Zainun, kerjasama yang ditunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat membantu dalam mengatasi masalah penjualan barang seks di sekitar kawasan ini. sumber...s.harian |
15 sekolah <b>di PJ</b> sertai pertandingan bangunan ceria - Selangorku Posted: 30 Aug 2013 10:33 PM PDT [unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA, 31 OGOS : Sebanyak 15 sekolah rendah di sini terpilih untuk menyertai program menceriakan sekolah dan memperbaiki kemudahan […] |
You are subscribed to email updates from di petaling jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan