Sabtu, 5 Oktober 2013

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Kiulu Kini | Berakit <b>Jeram Di</b> Kiulu

Posted: 01 Aug 2013 09:21 AM PDT

Berakit jeram di Sungai Kiulu telah dimulakan sejak lebih 15 tahun yang lalu dan ianya pada asalnya diwujudkan oleh pengusaha pelancongan yang gemarkan aktiviti lasak. Sungai Kiulu yang diketegorikan pada Gred 1 dan 2 kini telah berjaya menarik minat sekurang-kurangnya 17 pengusaha berakit jeram untuk beroperasi disini.

Setiap hari sekurang-kurangnya 200 orang pelancong dari dalam dan luar negara akan berkunjung ke Kiulu untuk melakukan aktiviti berakit jeram ini.

Bayaran berpatutan diantara RM80 sehingga RM200 dikenakan bergantung kepada pakej yang dipilih oleh pelancong-pelancong tersebut.

Laluan berakit sepanjang 15KM iaitu diantara Kg. Pukak dan Pekan Kiulu merupakan laluan paling popular kerana sepanjang laluan ini terdapat banyak jeram yang menyediakan cabaran kepada peserta berakit jeram.

Selain air sungai Kiulu yang jernih, pemandangan di sepanjang laluan ini juga sangat menenangkan bagi pengemar pemandangan luar bandar.

Selain dari itu, habitat ikan di sungai Kiulu juga masih dikekalkan dengan adanya amalan Sistem Bombon/Tagal yang telah dilaksanakan oleh penduduk kampung sepanjang sungai ini dan berjaya mewujudkan daya tarikan baru kepada pelancong.

Satu contoh tarikan baru hasil dari amalan Sistem tagal ini boleh dilihat di Kg. Poturidong Kiulu di mana pelancong berakit jeram boleh singgah bermain dengan ikan-ikan sungai yang jinak.Kg. Poturidong Kiulu ini terletak dipertengahan laluan sepanjang 15KM ini dan pada  ketika ini pelancong hanya dikenakan bayaran untuk makanan ikan sahaja.

Tarikan baru di sungai Kiulu ini diharap pada masa akan datang dapat diintegrasikan oleh pengusaha pelancongan berakit jeram didalam promosi pemasaran mereka dimasa akan datang dan diharapkan agar integrasi ini akan turut memberi keuntungan "menang menang" diantara pengusaha dan penduduk kampung.

Lokasi Sungai Kiulu yang terletak kira kira 70KM keutara Kota Kinabalu dan boleh dikunjungi dengan menaiki kereta kira kira sejam perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu menjanjikan pengalaman menarik untuk perjalanan percutian sehari anda.

Makan-makan sampai buntang <b>di</b> Aroma Ikan Bakar, Pantai <b>Jeram</b>

Posted: 07 Sep 2013 11:10 AM PDT

Assalammualaikum...

Hari ni CiKema ngan famili adik beradik suamiku en. Pejal gi makan-makan sampai buntang kat Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram Kuala Selangor. Ini kali pertama CiKema dan famili kecik kami sampai. Melayankan orang yang nak bersalin Isnin ni mengidam. Nanti dah berpantang, tak dapat makan ikan bakar dan makanan laut yang sedap-sedap plak kan. Sian mak buyong si birasku. Hehe

Diorang dah 2-3 kali datang situ. So memang takde hal punyalah nak mengorder makanan dengan menu yang sodap hingga menjilat jari-jariku, cari tempat plus view kat situ yang boleh tahanlah cantiknya siap mengadap laut lagi.

 Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Opening Hours: 4.00 pm to 12.00am, 
Closed on Monday once every two weeks. 
For reservation :Tel. Number: 017-316 3117/019-2084452 
Tempat dia memang dekat sangat ngan pantai, bayu laut bukan sepoi-sepoi bahasa dah masa kami sampai tu. Boleh tahan kuat jugalah, maybe masa tu cuaca macam nak hujan. Memang nampak ombak tinggi jugalahkan. Air laut menghempas batu-batu yang ado di situ. Anak-anak semua memang syiok layan suasana dan keadaan di situ.

Service restoran tu memang tip toplah...kejap je makanan dah siap. Tak sempat panas bontot menunggu kat situ. Mungkin juga orang belum ramai time tu, so chef-chef memang sekejap jela memasak. Kami pun tak sempat sangat nak melayan suasana dan panorama di tepian pantai time tu. Kalau makanan dah sampai, tak boleh nak buat pe..Memang  tak boleh tahannn... ngap-ngap le...memang tak pandang dah kiri kanan. Tapi ibu mertuaku lalu nampak je, sebab ibu yang nampak sibuk mengagihkan makanan yang ado kat anak cucu dan menantu. Hehe

Sori tak de picca...kamera henpon tak beroperasi time tu. Sibuk ngap-ngap...ade ikan pari dan ikan ??? (xsempat ku ingat namanya) bakar, udang n sotong goreng tepung, ketam sambal, ikan keli masak asam pedas, ikan kerapu sweet sour n sayur kangkung goreng belacan. Air sampai 3 jug..air kelapa, tembikai 2 jug dan kendian datang pula air sirap. Memang minum sampai lobamlah...

CiKema kalau makan, memang kalau boleh nak kasi licin. Sian kat makanan yang ado jika tak dihabiskan. Tapi entah macam mana hari ni...tang makan ikan, ketam, sotong, udang bagai tu memang boleh telan. Sedap semuanya...tang air tu yang tak boleh tahan. Bila perut dah penuh ngan makanan..pas tu gi minum lagi bercawan-cawan air..dekat 3-4 kali kot. Maunya tak termuntah...

1st time in my life makan banyak sangat sampai termuntah. Padan ngan muka kan...En. Pejal pun dah cakap, kalau tak larat..jangan dipaksa-paksa...biar makanan tak habis, asalkan tak memudaratkan kita. Tu lepas muntah lah baru cakap kan. Memang tak leh nak buat pe. Nasib tak muntah depan-depan orang ramai tu. Mau tak lalu makan semua kang..

Berlari juga ke tandas, tapi tak sompek...terbuuuweeekkk gak kat tengah jalan. Then laju je terus ke tandas.. buek-buek tak de apa-apa yang berlaku. Ngeh..ngeh...then bersihkan segala muntah yang terkono kat tudung dan niqab. Nasib tak kuar banyak or semua yang dimakan tadi. Kuar yang last-last makan ratah ikan kerapu je. Kalau tak rugi je ibu mertuaku belanja makan kat situ. Huhu haru..haru...

Ok...jadikan pengajaran pas ni. Makan kena beringat pada orang yang tak dapat makan sama. Berhenti sebelum kenyang. Kalau dah buntang cam CiKema tu...angin bergejolak dalam perut semua...uweeekk uweekkk le pulak kan. Sori tu bukan mengandung tau...tu memang muntah sebab makan ter'ober'. Macam boleh simpan stok seminggu je kan. Jangan diikutkan hati dan hasutan syaitan lagi akan datang...pui..pui...pergi kau jauh2 setaannn...

Okey..datang sama-sama tapi balik tak sama. Singgah masjid baru dekat ngan simpang ke Aroma Ikan Bakar tu dulu untuk solat maghrib. Usai solat baru gerak balik. Redah kasi pecah je... Tak tau jalan pun...agak-agak je..janji sampai ke rumah. Alhamdulillah...

Kenyang lagi ni..tapi masih teringat-ingat kesedapan pelbagai jenis makanan yang di adap tadi. Rasa cam tak puas je... Eh tengok tu...tak padan ngan muntah, nak makan jeee korejenye yerr...

Dah. Tu je...nanti ade gambo CiKema letak kat post baru. Haha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads