Selasa, 29 Oktober 2013

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Wanita <b>Kelana Jaya</b> Pilih Pemimpin Berwibawa - Mykmu.net

Posted: 13 Oct 2013 08:32 AM PDT

October 13, 2013   ·   20 Comments

seripah noli

Demam pemilihan pemimpin UMNO telah melanda parti keramat yang cukup digeruni pembangkang.  Kesemua sayap bahagian telah bermesyuarat  untuk memilih kepimpinan masing-masing. Kali ini penulis ingin mengupas akan pemilihan ketua Wanita Bahagian Kelana Jaya.

Umum amat maklum bahawa Wanita merupakan tonggak UMNO.  Maka dengan itu, amat penting kita memastikan bahawa Ketua Wanita yang dipilih mampu meneraju pergerakkan Wanita UMNO untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang dijangka amat sengit.

Pembangkang mencari jalan dan cara untuk menghancurkan UMNO dari dalam.  Oleh itu mereka cuba mencaturkan kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian lagi dengan mengenengahkan pemimpin yang tidak berwibawa. Ini amat kita fahami apabila pihak yang bertanding cuba membawa "ayat-ayat" pembangkang dalam kempen-kempen mereka seperti "ini kalilah" "meremajakan" dan lain lain lagi.

Cubaan tersebut telah gagal dalam mesyuarat pemilihan Wanita UMNO baru-baru ini. Para perwakilan Wanita telah membuat pilihan yang cukup bijak dengan mengundi kepimpinan yang amat berwibawa dan mantap.  Sejarah amat penting bagi memastikan kita tidak salah dalam membuat pilihan.

Dengan "track record" yang cukup cemerlang dan kerja keras yang telah Datin Paduka Seripah Noli buktikan selama beliau memegang dan meneraju Wanita Kelana Jaya menjadi kayu pengukur dalam menentukan kejayaan beliau mempertahankan jawatan.

Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia pada 2004, bekas anggota Exco Negeri Selangor, Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Selangor. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kewangan di dalam Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University di Amerika Syarikat dan pada tahun 1992 beliau menerima Sijil Pengurusan Kewangan dari Swinburne University.

Kejayaan Datin paduka juga membuktikan bahawa ahli UMNO bijak dalam membuat pilihan. Para pemimpin yang berkalibar menjadi pilihan berdasarkan prestasi mereka sepanjang mereka berkhidmat untuk parti. Ini tentu amat mengecewakan pembangkang dan musuh dalam selimut yang cuba menghancurkan UMNO dari dalam.

Semua ahli UMNO patut peka terhadap sebarang petanda penyusupan masuk musuh dan ideologi pembangkang bagi memastikan UMNO terus relevan dalam memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair.

By

Tags: ,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads