Khamis, 3 Oktober 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Kuala Selangor</b> - MyNewsHub

Posted: 26 Jun 2013 05:12 PM PDT


KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan beberapa kawasan di Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 2 hingga 3 Julai ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air itu ekoran kerja-kerja penyambungan paip 600mm di Kampung Teluk Penyamun.

"Kerja-kerja ini bagi meningkatkan kapasiti bekalan air ke Kuala Selangor. Gangguan dijangka berlaku bermula pukul 9 malam pada 2 Julai ini hingga pukul 5 pagi keesokannya.

"Kawasan dijangka terjejas adalah pekan Kuala Selangor; Assam Jawa; kawasan Jeram, Sungai Buloh, Jeram; Sungai Sembilang dan Sungai Janggut membabitkan 7,241 akaun pengguna," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan Priscilla menasihati pengguna di kawasan terlibat supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan tersebut.

Beliau turut meminta pengguna terlibat supaya bersabar dan menghubungi hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 jika mempunyai sebarang masalah.

Anda mungkin juga meminati:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads