Khamis, 3 Oktober 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Dollah Akur Pahang Tiada Kelebihan <b>Di Shah Alam</b> - MyNewsHub

Posted: 28 Sep 2013 02:08 AM PDT


KUANTAN – Kemenangan tipis 3-2 ke atas pasukan kelab PKNS Selangor pada suku akhir pertama semalam tidak memberi banyak kelebihan kepada Pahang untuk ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Ketua jurulatih Pahang Dollah Salleh berkata pasukan itu masih tidak boleh rasa selesa dengan kelebihan satu gol sebelum bertandang ke kubu lawan pada saingan kedua suku akhir di Stadium Shah Alam, 4 Okt ini.

Beliau percaya PKNS akan bangkit di halaman sendiri dengan memberi tentangan sengit bagi merebut slot separuh akhir.

Bagaimanapun, berdasarkan persembahan semalam dan sedikit kelebihan sudah pasti Pahang boleh melakukan sesuatu di Stadium Shah Alam, katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Beliau bagaimanapun tetap berpuashati dengan keseluruhan persembahan anak buahnya sambil memuji kebolehan penyerang importnya dari Argentina, Mathias Ruben Conti yang dilihat cukup memukau dengan jaringan hatrik.

Sementara itu, ketua jurulatih PKNS Abdul Rahman Ibrahim berkata mereka akan memperkemaskan lagi corak permainan bagi mengubah keputusan pada saingan suku akhir kedua nanti. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

HrhZ: Mari mendekati ALLAH <b>di</b> UiTM <b>Shah Alam</b>

Posted: 15 Sep 2013 07:25 PM PDT

Bismillah. Assalamualaikum.

Hari tu, saya pergi ke Pusat Islam dan terjumpa dua kertas kuning tertampal elok di dinding. Rupanya ia berkaitan pemberitahuan jadual kelas al-Quran anjuran pihak ACIS (dahulunya CiTU) di UiTM.

Allahuakbar.

Air mata terasa ingin luruh.

Ia perkara yang agak sukar ditemui dalam celahan jadual kuliah yang padat.

Sesungguhnya perkara ini tidak sama dengan kelas akademik yang wajib. Ia atas pilihan sendiri sama ada hendak menyertainya mahupun tidak. Apabila peluang telah dibuka sebegini jadi marilah kita sama2 berusaha untuk mengambil bahagian mengikut kesesuaian masa serta aturan urusan.

ALLAH ya ALLAH, moga ALLAH sentiasa membuka hati kita untuk cenderung kepada majlis-majlis ilmu.

Kerana setelah melalui tempoh singkat kehidupan dunia ini, kita akan pulang kembali kepada ALLAH.
Ruginya jika kita tertipu di dunia lantas yang kita bawa pulang bersama ke sana nanti langsung tidak bermanfaat untuk diri sendiri.

Saya ada tangkap gambar jadual tersebut, tapi paham2 jelah kalau saya tangkap gambar. Hasilnya agak menyedihkan. Senget benget.

Jadi saya catittkan maklumatnya di sini:

- Kelas pengajian Al-Quran akan bermula pada 17 September 2013 (Selasa)/ Qasidah & Selawat 23 September 2013.

-Kepada yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di pejabat Unit Pengurusan dan Imarah Masjid, Pusat Islam.

- Kepada pelajar2 yang telah mengikuti kelas ini dari bulan Februari - Julai 2013 yang lalu, boleh terus mengikuti kelas tersebut.

- Untuk makluman Pengajian Al-Quran telah ditukar seperti nama di bawah:

1- Kelas Talaqqi Asas ditukar kepada Kelas Iqra: Tenaga pengajar Ustaz Ismail Hashim

2- Kelas Talaqqi Lanjutan ditukar kepada Kelas Al-Quran . Tenaga pengajar  Ustaz Muhamad Zaki dan Ustaz Mohd Bakri.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Unit Masjid 019-2507890? 018-5987890 (Ustz, Mohd Syukri)

Jadual:

Isnin (Bermula 23/9/2013). 

-Kelas Qasidah/ Selawat- Selepas Solat Maghrib di Dewan Muktamar 1.

Selasa: (Bermula 17/9/2013)

- Kelas Iqra' di Bilik mesyuarat 1
- Kelas Al-Quran di Bilik Mesyuarat 2
- Kelas Al-Quran Di Dewan Muktamar 1.

Rabu (Bermula 18/9/2013)

- Kelas Tarannum Asas di Dewan Muktamar 1
- Kelas Hafazan di Bilik Mesyuarat 1

*Semua di atas bermula selepas solat maghrib.
* Buat yang ingin menyertai,  Sila ambil borang penyertaan di Pejabat Unit Pengurusan dan Imarah Masjid)

Jumaat (bermula 20/9/2013)

-Klinik Al-Fatihah di Pejabat Unit Masjid jam 10.00 pg - 12.00 tengahari ( Kedatangan secara walk-in, tak perlu ambil borang dahulu. Datang je terus masuk)

- Kelas Al-Quran (Muslimat Sahaja) di Bilik Mesyuarat 1 jam 12.30 tengah hari - 1.45 ptg. ( Ambil borang penyertaan di Pejabat Unit Pengurusan dan Imarah Masjid)

                                      Kalau gigih, boleh juga baca maklumat terus dari gambar ini.lol.

Selamat berlumba-lumba untuk menuntut ilmu, memperbetul bacaan Al-Quran, dan moga kita nekad untuk menghadirinya terlebih dahulu sebelum memberi alasan.

Lihat dahulu jadual, adjust2 aktiviti serba sedikit. Yang mana rasa boleh sertai, mari kita tanamkan azam untuk benar2 komited. Tolong doakan untuk saya juga. Mari jadi zero alasan untuk perkara kebaikan!

mari kita doakan kesejahteraan buat pihak ACIS yang bertungkus lumus mengusahakan majlis ilmu ini. Ia hadiah tidak ternilai buat kita semua. 

Moga segalanya kita lakukan kerana ALLAH, InshaaALLAH.

Jom sebarkan!


         
                                                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads