Selasa, 15 Oktober 2013

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Wanita: Keputusan jawatan Ketua diprotes <b>di PJ</b> Selatan

Posted: 12 Oct 2013 05:06 PM PDT


PETALING JAYA 12 Okt. - Pemilihan bagi Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan kecoh apabila jumlah undi diterima didakwa melebihi jumlah kehadiran perwakilan.
Calon Ketua Wanita bahagian itu, Norkhaila Jamaluddin berkata, beliau telah mengemukakan bantahan sebaik pengumuman dibuat pada pukul 7.40 petang tadi.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Selangor, Harun Ismail mengumumkan, penyandang jawatan Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding Norkhaila yang mendapat 196 undi.
Norkhaila berkata, jumlah kehadiran seramai 389 orang perwakilan sedangkan jumlah undi yang diterima adalah sebanyak 401 termasuk 7 undi rosak.
Beliau akan membuat bantahan pada malam ini dan akan dihantar kepada UMNO Selangor dan UMNO Malaysia.
Sementara itu, Harun berkata, pengumuman tersebut adalah muktamad, namun sebarang bantahan boleh dikemuka kemudian. 

****************************************************************************
Datin Paduka Hjh Norkhaila bt Jamaluddin bersama penyokong beliau
membuat bantahan di UMNO Negeri Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads