Jumaat, 18 Oktober 2013

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


- Queen Of Butterfly -: Wad 8C - Hospital <b>Sungai Buloh</b>

Posted: 02 Oct 2013 05:30 PM PDT

First of all, Queen nak ucapkan terima kasih kepada u all yang doakan kesembuhan Ammar. Actually, Ammar sudah pun sembuh.. Syukur Alhamdulillah.. Ammar warded ni pada 27/09/13 yang lepas. Hari ini Queen & En. Hubby serta Ammar ke Hospital sekali lagi untuk berjumpa doktor pakar & mengambil keputusan ujian darah. Hope semuanya OK.
Sambungan dari entri TERKEJUT semalam semua yang baca terkejutkan? Apatah lagi kami ibu & ayahnya. NANGIS & rasa terhenti sekejap degupan jantung ni tau. Walaupun suspek sahaja tetap memberi kesan yang teramat dalam kan. Macam-macam duk fikir dalam kepala otak ni. Sepanjang perjalanan ke Hospital pun tak henti-henti berdoa setiap kali tengok Ammar tido pun nangis. 
Ammar dimasukkan ke WAD 8C katil nombor 27 yer. Inilah kali pertama Queen jejakkan kaki di Hospital Sungai Buloh. Impressed sangat bila masuk ke wad sebab macam masuk wad di Hospital swasta pula. Canggih pun canggih kerana semua urusan terus rekod dalam system je guna laptop. Dah tak ada doktor atau jururawat duk tulis-tulis kat kertas semua taip-taip jer. 1 bilik 4 orang ada aircond lagi. Nasib baiklah KPJ tu refer ke Sungai Buloh kalau refer ke Hospital Besar Klang? Hadaplah... huru hara, sesak nafas. 
Memang sangat berpuashati dapatkan rawatan di sini. Akan tetapi ada juga WAD yang huru hara & sesak nafas kat sini tau. Nak tau wad apa?? haaa WAD BERSALIN u all. PENUH & SESAK sampai kat kaki lima pun ada katil tau. Mula-mula dulu mungkin tak sesak macam ni tapi bila orang tau Hospital Sungai Buloh ni selesa tu yang semua nak bersalin kat sini last-last jadi sesak juga macam hospital besar Klang tu ha.. Tetiba bagitau en. Hubby kalau bersalin jangan hantar sini yer.. Hehehehe





Selepas dapat katil, Ammar pun dah tido pukul 12 tghmalam doktor datang soal siasat Queen dari awal macam mana Ammar boleh demam, dah berapa lama demam, ada pergi berkelah ke macam-macam lagilah sebab doktor nak buat diagnosislah kan.. Macam yang Queen katakan ini bukan PENYAKIT MAIN-MAIN boleh sesuka hati buat kesimpulan macam tu aje. Setengah jam jugalah kena soal siasat dengan doktor. So far doktor semua baik-baik belaka. 
Pukul 1 pagi doktor datang lagi minta bawa Ammar ke bilik procedure untuk mengambil sampel darah & juga cucuk jarumlah kat tangan Ammar tu. Ammar yang sedang tido tu Queen angkat je bawa ke bilik prosedur tu. Bila dah baringkan Ammar & doktor pun balutkan badan serta tangan yang sebelah lagi barulah doktor suruh Queen tunggu di luar. Agak lama jugalah Ammar kat dalam tu. Tiba-tiba je dengar Ammar menangis confirm dah kena cucuk la tu kan? Uhhhh.. sayu hati bila dengar Ammar menangis tu. Ammar ni kan 'anak ayah' so masa nangis duk jerit panggil ayah... ayah... lagi sedih sebab ayah tak adakan. Setelah selesai kembali ke katil & Ammar tido semula. Malam tu Ammar cuma diberi antibiotik sahaja melalui salur inject tula. Tak tahu ape ke namanya. 
Pukul 2.30 pagi setelah antibiotik habis & usai memberi ubat demam pada Ammar, Queen pun lelapkan mata kat katil khas ni tapi rasa macam jauh sangat dengan Ammar.  Mata pun tak boleh lelap sebab takut Ammar panggil tak dengar. At last Queen tido sebelah Ammar atas katil pesakit tu ha. Pukul 4.50 pagi Queen terjaga dan tiba-tiba berderau darah sebab tengok darah melambak tepi Queen & atas bantal. Terus melompat dari katil periksa keadaan Ammar tengok dari mana darah tu keluar. Masa tu memang takut sangat. Sekali tengok macam darah tu keluar dari telinga Ammar tapi bila periksa tak ada pula darah ditelinga dia. Periksa pula tangan Ammar rupa-rupanya jarum yang ditangan Ammar tu terbuka. Penuh darah kat tangan dia tu nasib baiklah Queen ni boleh tengok darah kena yang tengok darah je pitam rasanya memang dah pengsan tau sebabnya memang melambak darah atas bantal & katil hingga baju & tudung yang Queen pakai pun kena darah. Tak sempat nak ambil gambar darah berlambak tu sebab dah kalut sangat. 
to be continue lagi yer.... 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads