Jumaat, 15 November 2013

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


BEKAM RM 5 <b>DI CHERAS</b>,BALAKONG,KAJANG <b>...</b> - PURIDI - Blogger

Posted: 08 Nov 2013 06:32 PM PST

MERAWAT PENYAKIT SARAF AKIBAT KENCING MANIS DENGAN KAEDAH BEKAM


Gambar gejala awal kencing manis yang dikesan daripada kaedah Bekam

pDPN belenggu pesakit kencing manis, perlu sesuaikan diri tahan sakit neuropati

INDIVIDU yang mengalami sakit saraf akibat diabetes selalunya menderita tanpa rawatan berikutan sifatnya yang sukar untuk didiagnosis.

Keadaan ini menyebabkan pesakit lebih rela belajar menyesuaikan diri untuk hidup dengan menahan kesakitan dalam diam sepanjang hayat. Masalah yang menyakitkan akibat diabetes ini dikenali sebagai painful diabetic peripheral neuropathy (pDPN) atau lebih dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes.


pDPN adalah keadaan di mana pesakit diabetes mengalami kesakitan seperti pedih seperti dicucuk pin dan jarum atau seperti terkena tusukan pada kaki dan tangan.

Satu daripada lima pesakit diabetes menanggung penderitaan ini dan bilangan mereka terus meningkat. Disebabkan kesakitan ini dianggap peribadi, sukar mengenal pasti pDPN. Inilah yang menimbulkan cabaran dalam proses rawatan. Selain itu, kesedaran terhadap kesakitan neuropati amat kurang, lebih-lebih lagi apa yang dimaksudkan dengan neuropati periferi.

Menurut Profesor Bahagian Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor K.J Goh, sistem saraf periferi atau peripheral nervous system (PNS) adalah satu daripada dua cabang utama sistem saraf. Satu lagi ialah sistem saraf pusat atau central nervous system (CNS) yang membentuk otak dan saraf tunjang.

Saraf dalam PNS menyambungkan CNS kepada organ deria seperti mata dan telinga serta organ badan yang lain misalnya otot, saluran darah dan kelenjar.

"Pesakit menanggung kesakitan neuropati apabila satu dan lebih banyak saraf mereka rosak. Banyak faktor menyumbang kepada kerosakan saraf. Ia boleh berpunca daripada gangguan, penyakit atau keadaan. pDPN adalah satu contoh kerosakan saraf disebabkan keadaan iaitu diabetes," katanya kepada Sihat.
Antara gejala kesakitan neuropati termasuk kesakitan seperti terkena tusukan dan kepedihan, menggelenyar atau rasa kebas.

"Untuk melakukan diagnosis neuropati periferi, pesakit akan menjalani beberapa pemeriksaan neurologi untuk mengenal pasti punca dan sejauh mana kerosakan saraf," tambah Prof Goh.

Sementara itu, Profesor Perubatan dan Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menjelaskan pesakit diabetes tidak sepatutnya hidup dengan menanggung kesakitan.

"Kesan neuropati periferi akibat diabetes amat buruk dan sangat menyakitkan. Kesakitan ini menyukarkan kehidupan harian sebaliknya pengurusan kesakitan secara berkesan membolehkan pesakit yang mengalami keadaan ini membaiki kualiti hidup," katanya.

Mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Edisi Ketiga yang dikendalikan pada 2006, penularan diabetes meningkat kepada 14.9 peratus berbanding sedekad lalu di mana kadar penularan diabetes hanya 8.3 peratus.

Mengikut rekod, penularan diabetes di Malaysia meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu. Ini adalah kadar yang lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa. Perangkaan ini adalah selari dengan peningkatan dua kali ganda masalah berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan penduduk.

Seramai 50 peratus daripada pesakit tempatan yang disahkan menghidap diabetes dalam enam hingga 10 tahun yang lalu didapati mengalami pDPN.

"Semua data penyelidikan menunjukkan kes diabetes global dan tempatan. Lama kelamaan penularan penyakit ini akan menyebabkan kerosakan saraf yang pasti akan menimbulkan komplikasi. Oleh itu, adalah penting untuk membantu pesakit diabetes menguruskan kesakitan yang ditimbulkan oleh komplikasi diabetes," tambahnya.

pDPN boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Kesan penyakit ini sering menyukarkan pesakit untuk berjalan, tidur, bekerja dan menjejaskan mood dan aktiviti harian mereka. Disebabkan kesakitan adalah begitu subjektif dan menyentuh peribadi, pDPN selalunya kurang dilaporkan serta dirawat.

Seramai 58 peratus pesakit tidak menyedari bahawa kesakitan yang dialami mereka adalah disebabkan oleh diabetes. Justeru, pesakit diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor dalam memilih rawatan yang betul untuk membantu menguruskan keadaan mereka yang menyakitkan.

April tahun lalu, Akademi Neurologi Amerika (AAN), Persatuan Perubatan Saraf Otot dan Elektrodiagnostik Amerika dan Akademi Perubatan Fizikal dan Pemulihan Amerika mengeluarkan laporan bersama yang menggariskan rawatan paling berkesan untuk melegakan kesakitan saraf akibat diabetes.

Menurut garis panduan itu, Pregabalin adalah satu-satunya rawatan tahap A yang disyorkan, berasaskan bukti kukuh yang menunjukkan Pregabalin berkesan merawat kesakitan saraf akibat diabetes.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menderitasakitsaraf/Article/index

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Oct 2013 07:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2013 07:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 07:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Aug 2013 07:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jul 2013 07:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2013 07:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PEMBEKAM WANITA <b>DI BALAKONG</b> KAJANG ~ Bekam | Mukjizat <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2013 07:20 PM PDT

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH....

BAGI KAUM WANITA YANG TINGGAL BERDEKATAN DAERAH KAJANG, BALAKONG, SUNGAI BESI, SERI KEMBANGAN, SERDANG, UPM DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, JIKA INGIN MENDAPATKAN RAWATAN BEKAM SUNNAH BOLEHLAH MENGHUBUNGI CHE ZILA DI NO. 019-380 3719
ALAMAT BELIAU DI NO J-12 JALAN SINARAN 4,TAMAN SINARAN, 43300 KAJANG SELANGOR. (boleh cari lokasi kat google map yer).


WAKTU PERKHIDMATAN : 9 PAGI - 10 MALAM
BUKA SETIAP HARI KECUALI HARI RABU TUTUP.
KHUSUS UNTUK WANITA SAHAJA.
SILA BUAT TEMUJANJI AWAL.

 "Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 07:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2013 08:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di balakong</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2013 07:43 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Nasim buka bilik pameran terbaru Peugeot <b>di Balakong</b> | Arena Kereta

Posted: 20 Jul 2011 07:30 AM PDT

Peugeot Balakong Nasim buka bilik pameran terbaru Peugeot di Balakong

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, hari ini telah melancarkan pembukaan bilik pameran terbarunya di Balakong. Ketua pegawai operasi Nasim, Dato' Samson Anand George berkata, bilik pameran terbaru itu akan menampung permintaan pelanggan di kawasan Balakong, Cheras Selatan, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Serdang dan Bangi.

"Tahun lepas telah mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak 28,444 unit kenderaan. Untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini, sejumlah 12,078 unit keseluruhan telah terjual di pasaran ini yang mana telah mencatatkan peningkatan sebanyak 4.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2010. "Pembukaan bilik pameran terbaru ini akan meningkatkan lagi jumlah jualan kami memandangkan terdapatnya peningkatan permintaan terhadap kereta buatan Eropah," tambah beliau lagi.

Bilik pameran terbaru Peugeot di Balakong adalah sebahagian daripada proses perluasan pasaran yang dilakukan oleh Nasim di seluruh negara. Syarikat itu baru saja melancarkan pembukaan pusat 3S di Melaka dan melantik pengedar tunggal di Sabah. Dengan pembukaan pusat jualan Peugeot Balakong, kini terdapat 19 pusat pameran dan jualan Peugeot di seluruh negara. Selepas Balakong, Nasim bercadang membuka tiga lagi bilik pameran dan jualan terbaru, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 22, membolehkannya berada di setiap pasaran utama di seluruh negara.

Peugeot 207 SV Nasim buka bilik pameran terbaru Peugeot di BalakongDengan pembukaan Peugeot Balakong, syarikat itu kini memiliki 10 pusat jualan di Lembah Klang. "Kami juga bercadang melancarkan pusat 2S di Balakong tahun ini untuk menampung permintaan pelanggan Peugeot sedia ada dan pelanggan berprospek. Pusat 2S ini akan didirikan tidak jauh dari bilik pameran dan jualan dan akan menjadi salah satu pusat selepas jualan Peugeot terbesar di dalam negara," kata Dato' Samson.

Untuk enam bulan pertama tahun ini, Nasim telah menjual sebanyak 3,082 unit kenderaan, mencatatkan peningkatan ketara sehingga 137 peratus berbanding jumlah jualan pada tempoh yang sama tahun lepas. Sementara itu, Nasim juga memperkenalkan Peugeot 207 SV di Peugeot Balakong hari ini. Peugeot 207 SV merupakan varian terbaru sedan 207, tampil dengan kit badan luaran lebih sporty dan kemasan dalaman baru. Model tersebut disasarkan untuk pembeli muda dan pelanggan yang mahukan sebuah sedan lebih menarik dalam segmen-B.


Jawatan Kosong FIG Metal Industries Sdn Bhd <b>di Balakong</b>

Posted: 24 Dec 2012 04:52 AM PST

An established ISO Certified Company in Balakong invites suitable candidates for the following positions:

PURCHASING AND ADMIN CLERK
MARKETING CLERK
BUSINESS DEVELOPMENT
EXECUTIVE
CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE
HUMAN RESOURCE CLERK

Requirements for all positions:-
- Qualification: SPM/Diploma/Degree.
- Conversant in English, Bahasa Malaysia and other languages.
- Candidates must have 2 years working experience.
- Preferred age group between 20 to 36 years old.
- Familiar with Microsoft Word, Excel, Power Point & etc.
- Willing to travel outstation / local (Business Development Executive).

Interested, please contact:
No.15, Jalan CJ 1/6A,
Kawasan Perindustrian Cheras Jaya,
43200 Cheras Jaya, Selangor
.
Office: 03-90804060 / 019 3859941
Email: Please Login or Register to apply this job online.

Maklumat Jawatan Kosong Terkini 2012:

Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air <b>Di</b> <b>...</b> - Kelab Greenboc

Posted: 02 Oct 2012 06:31 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sebelum in i beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu kami dedahkan tentang pelakon yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, sekarang ia memegang watak utama demonstrasi tuntut air ...

majlis maulidur rasul anjuran pbm, aop dan penduduk orang <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2013 01:45 PM PST

 MAJLIS MAULIDUR RASUL ANJURAN PBM, AOP DAN PENDUDUK ORANG BAWEAN DI BALAKONG

Ditulis oleh : Hefny Amany
Media : Kuduk-Kuduk Channels  Balakong / 24 Januari 2013-Kira-kira hampir 500 orang menyertai sambutan Maulidur Rasul anjuran Persatuan Bawean Malaysia (PBM) dan Anak Oreng Pebien (AOP) di Taman setia balakong, kelmarin.

Pengerusi Anak oreng Pebien (AOP), Abang Azroy berkata, program itu yang julung kali diadakan bersama Persatuan Bawean Malaysia (PBM) dan penduduk Taman Setia Ehsan berjaya mengumpul lebih 500 orang pada malam itu.
Walaupun pada majlis itu berada dalam keadaan hujan renyai, ia tidak mematahkan semangat para hadirin yang hadir pada malam itu. Orang ramai tetap menunggu sehingga majlis itu selesai sambil mendarma untuk membantu rakyat Palestin yang sedang di tindas oleh israel laknatullah.
Menurutnya, selain menguatkan persefahaman dan mengeratkan silaturrahim penduduk,  Persatuan Bawean Malaysia (PBM) juga dapat mendekati golongan belia anak orang Bawean di Malaysia iaitu anak muda penduduk perumahan disitu yang mejoritinya orang Bawean dengan aktiviti keagamaan.
Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh Presiden (PBM) iaitu Datuk Hj Abdul Aziz Bin Satar serta ketua-ketua (PBM) lainnya. Turut hadir dalam acara tersebut adalah ketua UMNO bahagian Balakong dan penduduk taman perumahan disitu.
Pada siang harinya, persatuan penduduk perumahan disitu  dengan sokongan dari Anak oreng Pebien (AOP) telah membuat satu program khusus supaya sambutan ini lebih meriah dengan mengadakan pertandingan tarik tali, membaling belon, meniup tepung dan banyak lagi.oleh media Kuduk-Kuduk Channels.

Pejabat Parlimen Serdang Kesan Pengundi Hantu

Posted: 03 Apr 2013 12:51 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]BALAKONG, 3 APR : Pengundi hantu dipercayai antara penyumbang utama kepada pertambahan mendadak pengundi di Dun Balakong dan Bangi selepas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads