Jumaat, 15 November 2013

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Komuter KTM tergelincir <b>di Rawang</b> ABN News | BM

Posted: 31 Oct 2013 09:46 PM PDT

PETALING JAYA – Sebuah tren Komuter KTM dilapor tergelincir daripada landasan pagi tadi berhampiran stesen KTM Rawang.

Kejadian berlaku kira-kira 10.15 pagi.

Sehingga kini tidak ada sebarang kehilangan nyawa mahu pun kecederaan dilaporkan berlaku.

Dalam pada itu, Twitkomuter (@ktmkomuter) dalam tweetnya pada 11.27 pagi memaklumkan, perkhidmatan tren ke Tanjung Malim dari Rawang kini tergendala.

"Disebabkan masalah operasi@ Rawang, tiada perkhidmatan tren ke Tanjung Malim dari Rawang."

Pada 11.33 pagi pula, KTM sekali mengeluarkan kenyataan menerusi Twitter.

"Masalah operasi@ Rawang, perkhidmatan tren kini berjalan antara Serendah-Tanjung Malim-Serendah."

Dalam pada itu, The Star melaporkan, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir mengesahkan perkara berkenaan dan kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads