12 di cheras - Google Blog Search |
- Gadis berusia 21 tahun dirogol bapa sendiri <b>di Cheras</b> Perdana
- Majlis Ulangtahun & Penganugerahan <b>di</b> MIECC The Mines <b>Cheras</b> <b>...</b>
- Pusat Rawatan Islam Darul Ilaaj (PURIDI): BEKAM <b>DI CHERAS</b> RM 5
Gadis berusia 21 tahun dirogol bapa sendiri <b>di Cheras</b> Perdana Posted: 26 Nov 2013 11:35 PM PST KAJANG – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini semalam, atas pertuduhan merogol anak gadisnya yang berusia 21 tahun, bulan lalu. Lelaki berusia 46 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Cheras Perdana, pada 3 pagi, 23 Oktober 2013. Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Pendakwaan. dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siaw Chooi Chin manakala tertuduh diwakili peguam Douglas Yee. Chooi Chin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan ia tidak dibantah oleh peguam tertuduh memandangkan anak guamnya tidak mampu membayar wang jaminan. Bagaimanapun, Douglas berkata, pihaknya akan mengemukakan representasi berhubung pertuduhan itu. Hakim Nor Hazani Hamzah tidak menetapkan jaminan dan sebutan kes ditetapkan pada 24 Disember depan. |
Majlis Ulangtahun & Penganugerahan <b>di</b> MIECC The Mines <b>Cheras</b> <b>...</b> Posted: 25 Nov 2013 03:38 AM PST baru-baru ni telah diadakan Majlis Ulangtahun Hai-o yg ke 21 dimana telah diadakan di MIECC mines Cheras. majlis sangat meriah dan yang paling membanggakan ialah salah seorang dari Glam Leaders telah diberi penghormatan untuk berucapa di majlis tersebut iaitu CDM Maisarah Ibrahim. bayangkan dalam beribu- ribu orang CDM from Glam telah diberi penghormatan untuk sharing tentang ilmu kejayaan. ini telah menampakkan Green Leaders Academi telah menunjukkan prestasi yg bagus. CDM yang berada dibawah bimbingan Hanis Haizi CDM Razali Zain Master Mind dalam kejayaan Green Leaders Academy Malaysia (GLAM). banyak ilmu online social media marketing yang telah beliau share kan di kelas.. malam tu telah dijemput khas Misha Omar ke MIECC untuk menghiburkan kami di majlis tersebut. tak lupa jugak bff Iz Aminallah yang sama naik dalam menyusun strategy selamani untuk mengembangkan business online marketing.. bergambar sakan kami kan hehee..masa ni la nak bergambar. impress tengok iz yang dah turun berat badan sebab pemakaian Premium Beautiful secara konsisten. seriously memang berat die dh turun 8kg sepanjang 6-7 bulan nie.. kalau dulu if pakai baju shape mcmni cnfirm ketat-ketat dan gentang.. but now dah boleh menampakkan shape sebab berat dh banyak turun.. untungkan pakai PB ni... same goes to me... dengan pakai PB konsisten dah boleh turunkan berat dan kawal body. yang paling penting nak kan shape baru la puas hati kan... pelancaran JTX 1000 Gold Product Launching minyak yang boleh melancarkan lagi perjalanan kereta kita. Launcing of Premium Beautiful Elegance.. tapi bukan saya modelnye ye.. modelnya sungguh cantik datang khas dari Brazil Duta Produk -Product Ambassador @danimaiamodel Brazil Premium Beautiful Elegance Product Launching ni model Premeum Beautiful Elegance yang latest design.sungguh cantik.pemakainya pulak memang dh cun melecun lagila meleleh semua tengok kan..mesti semua wanita kat luar sana terus teruja nak pakai... me after 1 year wearing Premium Beautiful puas hati sangat dengan keberkesanan pada bentuk badan. walaupon xdapat bentuk model tapi atleast saya berpuas hati sebab badan xnaik dan shape ada..itu cukup untuk buat semua perempuan puas hati... siapa kat luar sana dan yang baca blog nie janganla segan untuk memakai PB. kebaikan yang ada pada PB sangat diperakui semua wanita termasuk saya. This is my beautifu gorgeous Mentor Hanis Haizi yang mula-mula memperkenalkan saya dalam dunia online social media marketing. bertuah dapat mengenali beliau... sangat glamour di dalam magazine, blog, paper and tv... kejayaan beliau menempa nama sebagai seorang Usahawan Jutawan Muda berjaya dan Kaya telah membuka mata ramai wanita kat luar sana untuk jadi seperti beliau.. Teknik dan kepakaran yang ada secara Online dan Social Marketing telah menyebabkan Kami naik dikenali ramai dan naik secara mendadak di Online marketing. strategy yg diajar sangat terbukti keberkesanan untuk kami tingkatkan pendapatan dan untuk kami berjaya sebagai usahawan online. Attend Private Hollywood Glam Party 2013 at Marriot Hotle Putrajaya after Majlis Ulangtahun kami bergerak terus ke Putrajaya untuk attend Private Hollywood Party yang dibuat di Marriot Hotel Putrajaya. memang meriah sungguh.. jom tengok Picture-picture menarik kami spanjang berparty cantik kan pemandangan luar marriot hotel ni |
Pusat Rawatan Islam Darul Ilaaj (PURIDI): BEKAM <b>DI CHERAS</b> RM 5 Posted: 18 Nov 2013 07:04 AM PST BEKAM MENCEGAH DAN MEMULIHKAN OBESITI Seorang wanita akan sentiasa mengalami perubahan hormon dalam badan mereka. Dua hormon yang penting bagi wanita ialah hormon estrogen dan progesteron. Fungsi hormon estrogen ialah mengekalkan sifat kewanitaan seorang wanita, kesihatan jantung, tulang, memori otak, kesuburan dan keanjalan kulit. Fungsi hormon progesteron pula ialah mengekalkan ciri kewanitaan, kesuburan, ketenangan emosi, kesihatan tulang, antikanser dan menstabilkan air dalam badan. Perubahan hormon berlaku setiap kali berlakunya kitaran haid, mengandung, selepas bersalin serta menopaus. Kaedah perancangan keluarga yang berasaskan hormon juga menyebabkan hormon tidak stabil di dalam badan. Perubahan hormon ini menyebabkan seorang wanita itu kerap mengalami masalah mengawal berat badan. OBESITI Menurut Pakar Perubatan, Dr. Nurhalina Azly Minhat, obesiti ialah keadaan apabila berat melebihi BMI 30 (Indeks Jisim Tubuh) (Formula Kiraan: BMI = berat (kg)/tinggi(m) x tinggi(m). Jika seorang ibu mempunyai BMI melebihi 30, risiko untuk mendapat penyakit kronik akanmeningkat. Antara penyakit-penyakit kroniknya ialah serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sendi, penyakit gout, kolesterol tinggi, kerosakan hati serta penyakit metabolik seperti kencing manis. Apabila berat bertambah, lemak di dalam badan terkumpul bukan sahaja di bawah kulit namun di bahagian luar organ seperti jantung dan usus yang dikenali sebagai lemak visceral. Lemak visceral menyebabkan risiko serangan jantung. Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan saluran darah ke jantung dan otak tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar. Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan hati (fatty liver) di mana hati dipenuhi dengan lemak dan liver cirrhosis iaitu hati yang keras dan tidak berfungsi. Hati merupakan organ kumuh bagi lemak. Apabila berat semakin bertambah, sendi-sendi utama seperti lutut tidak dapat menampung berat dan mula mengalami sakit lutut. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan tiada senaman menyebabkan hormon endokrin yang tidak stabil. Selepas makan makanan berkarbohidrat tinggi, paras gula meningkat secara mendadak. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengawal gula dalam darah. Hormon insulin berfungsi memindahkan gula yang beredar di dalam darah ke dalam sel. Namun demikian, jika paras insulin sentiasa tinggi, badan akan mengalami insulin resistance iaitu suatu keadaan di mana insulin tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyimpan gula seterusnya meningkatkan paras gula dalam darah dikenali sebagai diabetes atau penyakit kencing manis. CARA CEGAH OBESITI
|
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan