12 di shah alam - Google Blog Search |
Homestay Murah <b>di Shah Alam</b> | Eyriqazz.com Posted: 12 Nov 2013 05:58 PM PST Tercari-cari homestay murah di Shah Alam? Menghadiri konvokesyen atau melawat anak-anak di Uitm Shah Alam? Kalau menginap di hotel, sah-sah kalau datang bersama keluarga yang ramai perlukan 2-3 bilik. Mahu cecah Rm400+ untuk 2-3 bilik menginap di hotel tersebut. Sebut pasal homestay ini, bulan lepas sempat saya menginap di Homestay Indah Suite di Shah Alam . Service Condo 4 bilik fully furnished yang agak selesa. Terletak di Seksyen 22 Shah Alam berhadapan dengan Kilang Gula CSR dan lebih kurang 1km ke KTM Batu Tiga Shah Alam. Lokasinya yang agak strategik yang berhampiran dengan exit utama memudahkan lagi perjalanan sekiranya menginap di sini. Pemandangan dari depan Indah Suite Homestay. Berhadapan dengan Kilang Gula CSR. Indah Suite terletak di tingkat 11 dengan kemudahan access card dan parking turut diberikan. Time saya pergi ini saya meminta 2 parking kerana datang bersama Bapa/mak Mertua dan anak buah dari kampung. Indah Suite ini masih lagi baru dan tempatnya agak selesa dengan "guarded" membuatkan hati lebih terasa selamat untuk menginap di sini. Inilah bilik yang disediakan. 4 buah bilik kesemuanya. 2 katil Queen, 2 katil single. Master bedroom attach dengan toilet sekali. Dua bilik yang katil queen turut disediakan Aircond. Selain itu almari dan tikar sejadah turut diberikan. Sedikit cadangan dari saya, mungkin di satu 2 bilik, turut diletakkan arah kiblat. Senang pengunjung untuk menunaikan solat dan mencari arah kiblat. Suasana dari beranda di malam hari. Sampai sana sudah agak malam. Honestly, ini pengalaman pertama saya menginap di bilik yang mengadap jalan besar. Di tingkat 11, jadi langsung tidak merasa bising or deruan kereta lalu lalang. Ruang tamu, tandas, kitchen dan bilik . Indah Suite ini tidak boleh memasak, namun ianya menyediakan peti sejuk bersaiz mini, microwave, kitchen kabinet dan meja makan untuk 6 orang. Di bawah dan area berdekatan ada kedai mamak, senangla kalau nak bungkus dan makan beramai-ramai di meja makan. Toiletnya turut disediakan water heater. Televisyen di ruang tamu dengan beberapa channel utama. Bukan main seronok lagi anak-anak dan anak buah dapat datang ke sini. Papa, besok kita pergi swimming pool ya? Ruang tamu agak selesa dan bersih, nampak ianya dijaga dengan elok. Breakfast, kami bungkus aja dari kedai Mamak within walking distance dari homestay ini dan makan bersama-sama. Lebih terasa keakraban . Azim sampai tertidur di ruang tamu . Owh ya, ruang tamu juga disediakan aircond. Memang santai dan rasa macam berada di rumah sendiri. Kemudahan parking. Selesa dan parkingnya tidak jauh dari lif. Jadi takdela lenguh sangat berjalan ke lif kan? Ruangan beranda nya agak luas. Dari tingkat 11 nampak view swimming pool dan juga jalanraya di sebelah sana. Anak-anak dan anak buah sudah excited nak pergi swimming pool, playground. Jom la Papa pergi swimming pool . Anak buah dari Kelantan pun sama, seronok nak singgah swimming pool. Anak-anak dan anak buah di swimming pool utama. 1.2 meter. Sampai berkali-kali ajak naik, taknak naik-naik. Hehehe,biasalah ,budak-budak. Bukan setakat budak-budak, mak budak dan bapa budak pun suka berendam dalam swimming pool kan? Swimming Pool ala Jacuzi dan yang lebih rendah untuk kanak-kanak turut disediakan. Kalau tak silap ada 1 jacuzi dan 2 kolam kanak-kanak. Cuma, Jacuzinya time kami pergi tidak begitu panas airnya. Peace. Anak buah datang dari Kelantan. Inilah masanya untuk mereka enjoy mandi swimming Pool. Azim dan ALisya tak kurang juga. 2 malam menginap, 2 hari berturut-turut singgah di swimming pool. Satu part yang paling saya gemari adalah kemudahan gym yang betul-betul di hadapan swimming pool. Sampai bergym, santai melihat pemandangan swimming pool. Barula lebih teruja untuk bersenam selalu kan? Hehehe…. Antara kemudahan yang disediakan di gym. Agak bersih dan selesa. Sayapun sempatla mencuba gym di sini. Memang layan. Kemudahan court dan playground untuk kanak-kanak. Bawa anak-anak, takdela mereka boring sangat. Tempat jemur baju di luar. Owh ya, harga menginap di sini adalah RM300 sehari time weekend (Jumaat, Sabtu, dan Ahad) dan RM250 untuk weekdays (Isnin-Khamis). Selain itu, pihak homestay turut menyediakan kemudahan transport dari airport ke hotel (additional charge dikenakan) dan juga turut menyediakan perkhidmatan sewa kereta bagi penginap yang mahu menyewa kereta pada harga yang berpatutan. Overall, saya sangat berpuas hati menginap di sini. Beberapa cadangan dari saya sepanjang menginap di sini : 1) Official website –> http://homestaybyka.com/ . Secara peribadi, saya merasakan website tersebut kurang user friendly. Informasi yang ingin diperolehi perlu pergi ke beberapa page dan paparan gambar homestay masih kurang menarik. Mungkin boleh gunakan khidmat website designer untuk revampkan website. Saya syorkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari Eizil.My 2) Di website di paparkan info berkenaan tarikh yang available/sudah dibooking orang. Jadi, senang untuk pengguna booking. Selain itu, ianya boleh createkan sense of urgency untuk booking masa yang masih available. 3) Harga – Homestay ini masih baru. Mungkin harga boleh dikaji semula. Apabila sudah semakin ramai yang menggunakan homestay ini, harga bolehla dinaikkan secara berperingkat. Pengunjung homestay normally agak price sensitif. 4) Promosi – Masih kurang promosi. Cadangan saya, engage more bloggers to create buzz dan anjurkan contest etc. 5) Perkakas Dapur – Secara peribadi, saya berharap dapat disediakan pinggan mangkuk plastik untuk anak-anak kecil. Risau juga bila anak-anak menggunakan pinggan kaca. Takut terjatuh dan pecah. 6) Cermin diletakkan di ruang tamu or bilik. Faham-fahamla kaum Isteri ni, time nak bermekap mesti cari cermin. 7) Tempat sidai baju – Peribadi saya merasakan agak tinggi. Risau juga bila naik kerusi takut2 terjatuh 8) Cadangan saya disediakan laundry bag (simple2 pun jadi) untuk diletakkan baju kotor, 3 in 1 nescafe, dan info kit berkenaan kedai-kedai makan terdekat, kedai runcit, dan lokasi menarik untuk dikunjungi di Shah Alam. 9) Feedback Form disediakan . Bolehla pengunjung memberikan feedback sepanjang menginap 10) Astro channel yang lebih pelbagai dan kemudahan Wifi. Myself, it is a must kalau nak menginap di hotel/homestay. Anak-anak pun skang ramai yang pakai gadget. Ini antara kelebihan yang boleh menarik pengunjung In Shaa Allah, kalau dimurahkan rezeki bolehla berkunjung lagi. Homestay Indah Suite Homestay Indah Suite Shah Alam saya singgahi P.s : Good news buat pembaca blog Eyriqazz.com , special price untuk pembaca : Untuk info, pembaca2 eyriqazz Pihak Homestay akan bagi harga diskaun rm200 (weekday) and rm250 (weekend). Cuma perlu mention dapat info dari blog eyriqazz. |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan