Jumaat, 1 November 2013

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Istirehat Keluarga <b>di</b> Pantai <b>Jeram</b>, Kuala Selangor - (3)

Posted: 24 Oct 2013 10:10 PM PDT

Story on October 20, 2013 - Whole Sunday
started from Pantai Indah Seaview Resort to Sungai Burong Tanjung Karang
Pepagi lagi i dah teruja..hee..hee.. teruja  tu.. ye lah. teruja memetik punat my camera. merakan sang rembulan. semalam agak dini hari. tapi hari ni.. sang rembulan kesiangan. amboii.. sakan ayat i.. memang seronok memang ke langit sambil telinga dijamu bunyi ombak menghempas pantai. cewah.. air laut tengah pasang pagi ni.. memang best sangat.. 
masa ni dah 6.30am.. cantik kalau dapat dilihat dengan mata kepala sendiri. jom ke sana.. 
ini dah pukul 7.00am.. tup - tup Hubby ajak pegi cari breakfast. kami dah ada favorite place for breakfast kalau jenjalan dan stay over nite  area Kuala Selangor ni.
kami ke sini. Warung Wak Minan, pakcik Hubby.. nak tau kat mana? keluar dari area apartment, tuju ke arah Kuala Selangor. tiba traffic light area Kampung Assam Jawa (Simpang Tiga), turn right. then straight je till you meet simpang empat.. landmark kat situ, after simpang empat you akan jumpa petrol pam, CALTEX..sebelah CALTEX tu Warung Cendol Bakar..(Ini landmark tau).. jadi bila tiba simpang empat, turn right lagi. kat situ nampak dah Warung Wak Minan. Bawah pokok besar tau.. memang ramai kat situ esp waktu pagi Ahad. 
macam - macam ada di sini. esp Nasi Lemak. RM1.00 je tau. yang penting sedap..cerita Wak Minan, setiap pagi esp Sabtu Ahad, warung dia menjual sebanyak 800 bungkus nasi lemak.. ada gak Roti Canai di sini.... Jangan lupa mencuba ya.. anda pasti tak kaciwa. 
kitarang pulun di sini dulu. hee.. i ngap 2 bungkus Nasi Lemak and Iced Nescafe.. wowww//sodappp..after that, terus balik,.. sian orang yang ada di apartment tu.. ehhh.. takk we all singgah kejap di Pasar Sungai Buloh. Hubby nak lepas gian.. beli Soto.. the best ever bagi kitarang. 
tiba je apartment, semua menjamu selera.. bersarapan. NekCik pun tambah dengan Nasi Goreng dan ada lebihan food malam tadi. 

 bila mengadap food, nak kena panggil baru depa menoleh. heee..heee.. kurang 4 orang kat sini. semua ada 20.
tengok tu memacam ada. Soto ada, Nasi Lemak ada, Nasi Goreng ada, kuih - muih.. Terlanjur dah banyak food tu, kami terus mengisytiharkan lunch kat apartment je... pandai - pandai lah memasing isi perut sebelum checked out. in fact we all delay checked out lagi. tambah je, RM10 tiap sejam.. then we all pakat keluar at 2.30pm.
see.. punya lah banyak barang yang perlu diangkut ke kereta memasing. ini baru satu unit. unit sebelah lagi tu.. hee.. penuh kereta yang 7 bijik tu.  dasat kan..kenapa yang banyak sangat barang tu ek?? ye lahh.. dah orang nya pun ramaikan.. 20 orang semuanya termasuk si paling kecik tu..jom tengok ahli rombongan nya pulak. 

photography session pulak. memula di balcony.. kat sini lah boleh nampak pantai. pantai lumpur tau. bukan pantai pasir. so dari balcony ni boleh lah tengok orang tengok ambik siput gitu lahh..


 kat dalam unit pulak. he..hee.. sakan semua.. 

haahh.. ada lagi.. di luar unit pulak. kat sini 19, tambah sorang tukang amik gambar.. 
Lepas siap semua barang dimasukkan ke dalam boot kereta, we all pun gerak menuju ke Tanjung Karang. Cuaca memang agak baik. kejap panas kejap redup. just dua'a kekal cam tu je sampai kami berjimba di tepian sawah.. otw tu ternampak gerai jual dodol. i asked Hubby to stop.. then dia lak terus ke gerai sebelah.. ada lemang rupa - rupanya.. boleh makan di tepi sawah nanti. cam tu lah plan nya.. 


warung lemang ni rasa - rasanya baru je dibuka.. masih cantik dan bersih lagi. teratur.. 


lepas kami singgah, ramai lak yang singgah. PELARIS gitu..kedai dodola sebelah tu je. tak lama lepas tu kami sambung balik menuju ke Tanjung Karang. dan langsung tiba di sini..





seronok semuanya bila tiba di sini. panas ke apa ke dah tak perduli. seronok sakan dengan kawasan di sini. 


kami sambung lagi. masuk kat jalan - jalan yang kecil.. meneroka alam.. akhirnya sampai ke sini..


nampak warung ni macam ok je. langsung singgah. ada roti canai. apa lagi.. semuanya mengorder lah.. makan lemang pun kat situ. suka sangat service depa ni. sangat cepat. kat mana gerai ni.. pegi je laluan sejalur dengan jalan besar tapi sebelah sungai lah.. nampak je pintu air besar "REGULATOR SUNGAI BURUNG', di situ lah gerai makan ni. 
sambil diarang amik order, i verangan kejap....hee..jom makannn..




sakan betul kami kat sini. makan siang akhir nya dalam masa teatime. heee.. sebab tu makan tak hengat dunia. sedap saje.. sambung balik lah. dah agak petang dah ni.. kami ke laluan utama.. nak singgah kat tepi jalan tu. nak beli bawak balikk.

kids suka kan Jagung Cawan, Air Mangga, dan Jagung Rebus. 

Jagung segar ni pun boleh dibeli kat sini. 
ada yang beli keladi lah, ada yang beli sukun..selesai semua maka kami bertolak balik lah. Hari dah makin gelap dah.. singgah lah mana yang patut dulu sebelum sampai rumah. selesailah activity kami pada hari ni.. dah sakan bercuti dan menjelajah.. dalam hujan panas gamaknya.. seronok sangat.. semoga dipanjangkan umur boleh kami berkumpul lagi.. AMEEN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads