Jumaat, 1 November 2013

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


PRK <b>Sungai</b> Limau : Cikgu Mi Bercita - Cita <b>Tinggi</b> Dalam Bidang <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2013 10:31 PM PDT

alt

YAN 29 Okt - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil ( PRK ) Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mi di kalangan rakan pendidik mempunyai cita-cita tinggi didalam bidang akademik.

Guru Penolong Kanan Pentabiran Sekolah Menengah Agama Fauzi, Guar Cempadak, Muhamad Suhaimi Saad berkata, Cikgu Mi selalu komited di dalam melaksanakan tugas beliau sewaktu berkhidmat sebagai guru pada era 80-an dahulu.

"Saya mengenali Dr Suhaimi bukan sebagai seorang ahli politik tetapi saya mengenali beliau sebagai seorang ahli akademik kerana beliau komited terhadap tugas dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk pendidikan.

alt

"Saya berpendapat keserasian wujud apabila pengetahuan akademik dan politik digabungkan dan bakal menempuh satu era baru sekiranya calon yang dilantik mempunyai kedua -dua ciri ini," katanya kepada RakyatNews di Sekolah Agama Fauzi, hari ini.

Suhaimi yang mengenali Cikgu Mi selama lebih 30 tahun menjelaskan, Cikgu Mi banyak menyumbang kepada warga sekolah demi membentuk satu generasi ke tahap yang lebih tinggi.

"Dari segi sumbangan, Dr suhaimi biasa mengajar di sini dari segi modal insan membentuk satu generasi dimana pelajar yang dididik berjaya di peringkat antarabangsa.

alt

"Ada diantara pelajar kami yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang pendidikan Islam dan bidang-bidang profesional yang lain," katanya.

Mengulas mengenai potensi Cikgu Mi meraih kemenangan pada PRK kali ini, Suhaimi menjelaskan calon dari kedua-dua parti mempunyai potensi sama rata dan ianya terletak diatas kretiviti masing-masing untuk mendapatkan sokongan penduduk.

"Pandangan saya, calon harus pandai menggunakan kredibiliti yang dimiliki untuk mendapatkan sokongan dari peringkat bawahan kerana kekuatan calon sama kuat," ujarnya.
 

alt

Dalam pada itu, Suhaimi berharap agar calon yang menang pada PRK kali ini untuk mengimbangi pembangunan insaniah dengan pembangunan infrastruktur ekoran kedua-duanya turut menjamin kepada masa depan yang lebih cerah.

"Pada pandangan saya pembangunan material harus juga diseimbangkan dengan pembangunan modal insan kerana sekiranya ada pembangunan ini sahaja tanpa pembangunan insan yang pandai atau hendak menjaga pembangunan material ini tidak akan kemana-mana," ujarnya lagi.

Last Updated on Wednesday, 30 October 2013 15:32

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads