Rabu, 13 November 2013

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


chedinsphere.: Konvokesyen TASKI-ABIM <b>Kuala Langat</b> 2013 dan <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2013 11:27 PM PST

Cikgu Radin Imaduddin, YDP ABIM Kuala Langat.
Sentiasa aktif dalam memberdayakan nilai kemuliaan insani.



Almarhum Ustaz Niamat Yusof, Yang Dipertua ABIM Kedah yang 
pertama dan antara pengasas terawal Taski ABIM dan Maahad Derang. 
Selain Ustaz Niamat, turut terlibat ialah Dr Abdul Rahman Kurais, Tuan Haji Ahmad Said, Dr Ghazali Basri, Dr Abdul Halim El-Muhammady, Saudara Ismail Yusof, Saudara Che Yob  Mahmood, Saudara 'Abah' Zahidin Mahmood, Saudara Anuar Tahir, 
Saudara Annuar Salleh dan ramai lagi. Al-Fatihah.
10hb November 2013: Majlis Konvokesyen Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kuala Langat telah berlangsung di Dewan Besar, Kolej MARA Banting, Bukit Changgang pada kira-kira jam 9 pagi. 
Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha Kewangan ABIM Kuala Langat, Saudara Muhammad Norhadi Mohd Ribuan, selain turut dihadiri oleh penggerak Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS).
Terdapat tiga buah TASKI-ABIM di Daerah Kuala Langat iaitu TASKI-ABIM Ummu Fatimah, Bukit Changgang; TASKI-ABIM Al-Amin, Bandar Seri Ehsan dan TASKI-ABIM Al-Amin, Taman Langat Murni. 
Yang Dipertua semasa ABIM Kuala Langat ialah Cikgu Radin Muhd Imaduddin, yang aktif dalam memberdayakan nilai kemuliaan insani.

"Ke Arah Melahirkan Anak yang Soleh dan Solehah".
Alhamdulillah, sebelah malamnya pula, saya berkesempatan untuk mengeteh dan menonton Teater Muzikal SuperMokh di Istana Budaya, Kuala Lumpur bersama Bro Reza Mokhtar, anak sulung kepada lagenda bola sepak Malaysia dan Asia, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari. 
Lakonan mantap daripada Awie dan pastinya, Douglas Lim yang mencuit hati.
Banyak dialog dan babak yang 'menangkap jiwa', selain beberapa pelakon yang berjaya menjiwai watak para lagenda Malaysia seperti Towkay Soh Chin Ann, Santokh Singh, Reduan Abdullah, dan lain-lain. 
Antara yang mempunyai iras pemain ialah Oliver Johanan, yang kelihatan betul-betul hampir sama dengan iras wajah Mendiang Arumugam The Spiderman.
Garapan yang baik daripada Hans Isaac dan rakan-rakan. Tabik hormat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads