Rabu, 13 November 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


kayuhan <b>sabak bernam</b> <---> teluk intan - notty by nature life-chapter 2

Posted: 04 Nov 2013 08:04 PM PST

Sempena deepavali ni , Kayuh-Kayuh Cari Makan kali ni untuk bulan November berlokasi dari Sabak Bernam ke Teluk Intan selama 2 hari 1 malam.
Kami bergerak dari rumah Wak Rahim dan Kak Ija di Kg Perepat pada pukul 8.30 malam menuju ke Restoren Buner Kabana Nasi Beriani dan Tandoori naan House (N3.09410 E101.38339)  untuk makan malam dulu . Di sana nanti jumpa abg Haikal sekeluarga dan King a.k.a Raja Hassan untuk gerak sekali ke kg Wak di Sabak Bernam dan bermalam di sana juga bermulanya kayuhan starting point .

Selesai je menyantap kami gerak ke kg Wak Rahim lebih kurang pukul 10.30 malam dan sampai sana 12.15 tgh malam. Setting , prepare , packing sampai ke pukul 2 pagi dan tido.


Seawal 7 pagi kami dah mula bersiap sedia untuk berkayuh ke Teluk Intan, dalam perjalanan kami melalui Sungai Bernam dan berhenti di Muzium Pertanian dan Perikanan Sabak Bernam sebelum menuju ke Pasar Sabak Bernam untuk bersarapan.

IMG_1923








Time ni keadaan pasar pagi Sabak Bernam baru je nak buka begitu juga gerai2 makan, kat situ ada lebih kurang 3 deretan gerai di tempat yg kami makan dan makanan nye mmg x kan jumpa rasanye di luar kawasan dengan nasi lemak daun pisang, laksa, pecal yg original , mee kari , soto dan lontong memang leleh habis.


Rasa Teh tarik sini memang da boom, tak manis dan tak tawar ditambah buih yang membulat. Terbaek habis, walaupon dalam idop ni kali ke 3 atau 4 kot minum teh tarik yg aku order. :P

Lepas kekenyangan kami menuju ke Pengkalan Sabak untuk menaiki sampan menyeberang sungai bernam.








Denagn menaiki sampan termasuk basikal pon naik kami menyeberang ke Pengkalan Kampung Kota di Kampung Kota. Sampai Sahaja di sini kami melalui Masjis Seberang Kota dan Makan diraja Kampung Kota. Kedudukan Kawasan Kampung Kota ni ialah di Hutan Melintang.

Petikan kata-kata kak Ija Zahri " Perkuburan lama dan Perkuburan Raja di Kampung Kota, Perak. Dahulu kala, terdapat sebuah kubu tanah besar yg dikorek oleh Raja Hitam untuk memudahkan beliau memerhati dan mempertahankan diri. Dahulu kala difahamkan, raja2 di sebelah Perak dan Selangor sering bergaduh/berperang. Kubu itu skarang telah kambus. Pondok/makam kuning disebalik papan tanda adalah kubur Raja Hitam. Menurut org2 tua, semua keturunan raja dan syed2 dikuburkan disini. Istimewanya kubur ini tidak pernah penuh walaupu hanya seluas setengah ekar. "


Selepas beberapa kilometer, kami berhenti rehat di Simpang Empat Hutan Melintang, untuk charge balik tenaga.
Dalam perjalanan kami melalui Pekan Jenderata dan Kampung Batak rabbit , dari sini hanya dalam 9 kilometer untuk sampai ke Teluk Intan.
Akhirnya kami sampai juga di Pekan Teluk Intan sebelum Check In Ke Hotel kami pekena Nasi kandar dulu  di Restoran Sultana atau lebih terkenal dengan panggilan Nasi Lambai. Bagi aku ok la nasi Kandarnya dan murah, sebab tu orang sentiasa penuh kat kedai ni. Total yang kami makan lebih kurg RM65 untuk 11 orang.

Bersebelahan Kedai Nasi Lambai ni ada gerai Cendol Jamal di sebabkan aku peminat cendol dengan perot yg dah kenyang aku order satu untuk rasa cendolnya dan hasilnya biasa je dan harganye RM2.50 seingat aku. hehehe aku main bayar je time tu.



Ini la hotel tempat kami menginap Hotel G-City RM55 semalam dan boleh bawa naik basikal.
Masuk je bilik kami terus berehat dan Solat juga tido waktu ni pukul 1.30 petang dan lepas Asar kami keluar berkayuh ke teluk Intan untuk food hunting. Time ni ada pasar malam di Pekan jadi apa lagi memang kepakaran kami la untuk mencari makanan di Pekan.
Time ni segala jenis kuih muih nak cuba tapi disebabkan boleh menahan nafsu kami merasa apam balik malindo, kacang rebus, roti kaya ori dan bandung tarik je.

Bandung tarik kat Teluk Intan ni memang spesel makcik tu gunakan santan berbanding susu yang biasa org jual kat kedai.


Agak lama kami lepak-lepak di tengah dataran menara condong sambil menikmati juadah pasar malam di Pekan , lebih kurang pukul 6.30 petang kami dinasihatkan oleh orang tempatan supaya segera ke D'tepian Sungai sekiranya nak menikmati Udang Galah kerana sana sentiasa penuh dengan orang.

Alhamdulillah nasib baik kami ke sana awal, kalo kami ikot plan asal nak gi pukul 7.30 petang memang tak dapat la makan udang galah.




Memang ni Kayuh-Kayuh Cari makan yang paling aku puas hati dan Marbeles, meleleh dibuatnya masakan udang galah sini.

Restoran D'tepian Sungai ni berada di dataran Udang Galah , andainya nak makan sini makan booking lah dulu kalo tak minta maaf la ye.. (no owner restoran ni 01053607713 ).

Cadangan aku kalo masakan udang galah kat sini, udang galah bakar adalah yang terbaik jangan lupa minta dorg masakkan cara bakar. Kalo tak menyesal nanti, sampai la ni pon masih terasa2 lagi udang galah bakar nye. Antara lain masakan Udang galah sambal dan masak lemak yang kami order., bayangkan 3 kilo untuk 11 orang makan pon sebenarnye tak cukup bagi kami yg kuat makan. (errr... aku je kot)


Esoknya pukul 8 pagi kami pon check out terus dari Hotel menuju ke Sabak Bernam dan masih dalam misi mencari makan.

Pagi tu dalam perjalanan kami berkayuh kami ternampak landasan keretapi lama yang tinggal cuma pagar je dan lepas tu kami ke area dataran udang galah di mana di situ ada gerai sarapan pagi, pelbagai menu ada kat sini, dengan mee kicapnya, mee karinya, nasi lemaknya dan macam-macam lagi la.



Lokasi : Runtuhan Istana Raja Muda Perak, Telok Intan


 Di sini kami temui Teratak Diraja yang dah lama dibiarkan . 




Selepas je kami bersarapan kami pusing sekitar dahulu pekan Teluk Intan dan dalam masa yang sama terserempak dengan beberepa group MTB Teluk Intan.

Kami berkayuh melalui jalan yang sama dari Sabak Bernam, dalam perjalanan balik makan tengahari kami makan di Kedai Mamak, Rojak Mee dan dalam beberapa kilometer kami singgah di gerai Nira asli yg first time aku minum.




Dalam Perjalanan balik dari Sabak Bernam ke Klang singgah lak kat Kedai Mee Kari ketam Z-10 di Kuala Selangor dan pekena Lempeng sekali. Sedap giler Mee karinya dan Lempeng yang femes kat situ lempeng kelapa tapi aku lebih lempeng pisang.

1424328_10202318890079804_421205182_n

EXTRA PHOTO
Credit to Pink Dragonfly, Haikal Ahmad, Ija Zahri dan Wak rahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads