Khamis, 7 November 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Setiap Pondok Tol <b>Di Shah Alam</b> Akan Dikenakan Bayaran Lesen <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2013 08:53 PM PDT


Aku baru terbaca satu berita neh. Korang bayangkan ek, pondok tol, tahu tak pondok tol? Hah pondok tol tue sekarang dah dikenakan bayaran lesen. Tahu tak apa itu bayaran lesen? Hah kalau taktau meh amek tahu dulu.

Yang aku baca tadi ;

Majlis Bandaraya Shah Alam akan menguatkuasa syarat baru bagi pemegang konsesi lebuh raya supaya membayar lesen perniagaan bagi pondok tol bawah seliaan kawasan perbandaran tersebut bermula 1 Januari.

Ia akan membolehkan MBSA mengutip sekurang-kurangnya RM218,000 setahun dalam bentuk kutipan bayaran bagi lesen pondok tol.
 

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Datuk Bandar MBSA Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan menyebut, langkah itu melibatkan sepuluh plaza tol dan 218 pondok kutipan bayaran tol.

"Sepuluh lokasi plaza tol berkenaan ialah konsesi Lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuh raya Shah Alam (Kesas), Lebuh raya Utara Selatan (Plus) dan Lebuh raya Koridor Guthrie (Guthrie)," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau menjelaskan, kadar itu meliputi bayaran lesen RM1,000 untuk setiap pondok bagi tempoh setahun, RM150 untuk iklan bercahaya tidak melebihi 8 meter persegi dan RM15 untuk setiap meter persegi tambahan.

Tambahnya, kadar lesen untuk iklan tidak bercahaya dengan keluasan tidak melebihi 8 meter persegi ialah RM200 dan RM20 untuk setiap tambahan meter persegi.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam mesyuarat bulanan MBSA kali kesepuluh tahun ini.


MBSA neh bukan bawah kerajaan negeri Selangor ka beb? Kalau ini bawah negeri Selangor apakah pentadbiran PR alert mengenai tindakan oleh MBSA ini? Aku tahu la korang sesama penjawat kerajaan pun konflik atas dasar perbezaan politik tapi hujah macam tue tak cukup kuat untuk dijadikan asas bahawa kerajaan negeri Selangor tak boleh berbuat apa2 berhubung isu neh beb.

Faham dulu apa yang aku nampak ;

1. Ko kenakan bayaran lesen untuk setiap pondok tol yang wujud.

2. Bayaran lesen satu hal + bayaran iklan lagi.

3. Then syarikat konsesi tol kena la bayar secara berkala kat ko setiap tahun bagi lesen. Itu tak masuk bab iklan. Depa kira lain.

4. Then ko rasa syarikat konsesi tol neh akan goyang kaki huhu haha dan tak heran dengan perkara2 ini? Jangan harap. Depa mesti akan alihkan beban tersebut kepada rakyat dengan mula mendesak2 kerajaan akan naikkan kadar tol.

5. Yang diharapkan oleh aku ialah bagaimana MBSA boleh memastikan bahawa syarikat konsesi tol tidak akan bertindak menaikkan kadar tol sekaligus tak pasal2 pengguna pula kena kat sini, betul tak?

6. Dan apakah MBSA tidak tahu bahawa BN boleh gunakan isu neh dengan mengeluarkan hujah bahawa bayaran pampasan kepada syarikat konsesi tol semakin tinggi kerana usul mereka untuk menaikkan kadar tol akibat terbeban dengan bayaran lesen di Shah Alam tidak mendapat kelulusan? Maksudnya, samada naikkan kadar tol = rakyat bayar secara direct ataupun tidak naikkan kadar tol = rakyat bayar secara pampasan, bayar tetap bayar walaupun menggunakan cara yang berbeza.

7. Khalid Samad wakil rakyat Shah Alam. 

8. Minta cuba tengok2 perkara neh.

9. Secara jujurnya benda neh takde effect pada aku sebagai rakyat. Aku tak heran langsung bab lesen kepada pondok tol neh hah. Dorang untung berjuta beb.

10. Tapi apakah kaedah yang akan digunapakai untuk memastikan perkara ini akhirnya tidak menyusahkan rakyat kembali. Itu je. Faham2 aje la sang kapitalis neh. Dorang bukan nya tak untung. Untung jek. Tapi bila untung bersusutan sikit mereka claim rugi. Macam HARAM.

Kalau la satu jaminan dapat diberikan bahawa bayaran lesen ini tidak membabitkan rakyat dalam apa jua bentuk itu yang sebaik2nya.

Aku tahu syarikat tol untung banyak. Tiap2 tahun di umumkan keuntungan BERSIH mereka. Tapi aku juga tahu. Dorang neh pantang tercuit. Kalau untung kurang rm1.00 pun depa bising rugi. Inikan pula 218,000 sekurang2nya. Mao melompat. Tak caya tengokla.

Oke bai.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/245435


IKLAN TEXT DISINI


Nak Melancong?Lihat Pakej2 Menarik Ini.


P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...(KLIK SINI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads