12 di bukit raja - Google Blog Search |
Aksi <b>RAJA</b> LELONG <b>di</b> Jom Heboh Stadium <b>Bukit</b> Jalil 2013 | Posted: 01 Dec 2013 01:34 PM PST Baru saya sedar…. Dah lama jugak saya tak pergi Karnival JOM HEBOH STADIUM BUKIT JALIL ni… Kali terakhir adalah pada tahun 2013 semasa berjumpa dengan AWEK TOP UP HOTLINK dan layan show MIMI ONE NATION EMCEE.Maka setelah tiga tahun berlalu saya berkesempatan untuk datang Seperti biasa…. Saya datang dengan STAR LRT dari Bandar Tasik Selatan ke Stadium Bukit Jalil ni dan anda boleh nampak pelbagai gerai yang menjual makanan dan buah-buahan ( rojak ) di samping peniaga yang menjual pelbagai jenis pakaian di perkarangan stadium. Booth SELERA JOM HEBOH tempat pertama saya kunjungi rupa-rupanya adalah tempat untuk demo masakan …. Mati-mati ingat ada FOOD SAMPLE untuk dicuba… Yesss… Inilah antara aksi RAJA LELONG yang mewakili produk dan jenama masing-masing cuba menarik perhatian orang ramai membeli barangan mereka.Pelbagai ayat manis yang dilontarkan sehinggakan ada di antara mereka mengatakan " HARGA TAWARAN PROMOSI ini adalah untuk golongan PENDAPATAN SEDERHANA macam kita semua " dan " YANG BERMINAT BOLEH SINGGAH , YANG TAK NAK BOLEH JALAN TERUS " ungkapan yang dirasakan biasa bagi seorang RAJA LELONG….( sekadar istilah ) Papan tanda nie pun jadi perhatian untuk orang nak ambil gambar…. tapi ianya adalah suatu info / ingatan kepada orang ramai dari pihak TV3.Oleh sebab itu memang pandai-pandailah jaga diri dan barangan anda. Biasanya…. Kalau kat booth HOTLINK ramai jugak yang datang tengok aktiviti yang dilakukan….Masa ni diorang panggil sesiapa yang berminat menari pelbagai jenis tarian termasuklah dangdut dan GANGNAM STYLE.Singgah kejap je kat sini sebab jalan pun agak becak setelah hujan sebentar waktu tengahari tu…. Pada mulanya…. Saya teringin jugak nak pegi cuba UJIBAKAT PEMBACA BERITA TV3 kat booth BULETIN UTAMA tapi sesak pulak dengan orang yang berpusu-pusu nak ambil gambar dengan pembaca berita MAZLIN ni….So snap je la gambar dia tanda kenangan ….hehehehe Antara yang buat leka seketika adalah salah satu pakaian tempur REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA MALAYSIA nie… Nampak cool je kan Ini adalah di antara barangan yang dibeli untuk bawa pulang….. selain dari MAGGI , MAMEE , NESTLE BLISS dan MISTER POTATO.Harga promosi pakej RM10 masih lagi kekal yang pastinya akan buatkan anda boleh habiskan RM50 dengan mudah….. Dah penat beli semua barangan yang dipesan oleh adik beradik saya…. Terus beli AIR TIN MURAH nie…. Lega tekak kejap….Nasib baiklah kat booth nie takde DUTA ALI CAFE ( Fahrin Ahmad ) kalau tak memang laku habis Dalam pukul 2 petang saya pun bergerak pulak…. Cuaca pun redup pada masa tu jadi takdelah rasa kepanasan dan keletihan sangat.Setakat ni saya okey je setiap kali datang ke tempat sebegini sebab banyak perkara dan pemandangan menarik yang boleh didapati…. hahahahaha 172 total views, 16 views today |
You are subscribed to email updates from di bukit raja - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan