Ahad, 15 Disember 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search

Baja Najis Babi Bertaburan Di Kuala Selangor - MyNewsHub

Posted: 12 Dec 2013 06:13 PM PST

KUALA SELANGOR – Tidak tahu dari mana datangnya, tetapi timbunan guni berisi baja dipercayai najis babi bertaburan di jalan Kuala Selangor menghala ke Bukit Rotan dan Ijok sehingga menimbulkan bau meloyakan.

Bukan satu, tetapi puluhan guni yang hancur masih bertaburan di atas jalan menyebabkan pengguna terpaksa menggunakan laluan bertentangan gara-gara mahu mengelak daripada terkena guni terbabit.

Lebih dikesalkan, laluan berbau busuk itu menimbulkan masalah kepada pengguna terutamanya penunggang motosikal dan basikal yang melalui kawasan itu dan bau busuk turut menjejaskan peniaga makanan berhampiran.

Penunggang motosikal, L Selvam, 56, berkata, dia yang melalui jalan dari Bukit Rotan untuk ke Ijok untuk mengambil anak di Perhentian Bas Ijok tidak terlepas menjadi mangsa apabila terlanggar salah satu timbunan guni itu.

Menurutnya, dia tidak sempat mengelak dari melanggar timbunan guni itu menyebabkan bau busuk melekat pada pakaian dan tayar motosikalnya.

"Saya ingatkan bantal peluk jatuh bertaburan tetapi apabila dekat, bau busuk menusuk hidung. Saya terpaksa batalkan niat mahu berhenti memungut guni itu untuk diletakkan di tepi jalan kerana tak tahan baunya yang busuk," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagi Penghulu Mukim Api-Api/Ijok, Hussien Idris berkata, dia turut mengalami nasib sama ketika melalui jalan itu untuk ke rumahnya di Assam Jawa dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar) melalui susur keluar Ijok.

Menurutnya, meskipun laluan tidak terkena timbunan guni baja itu, namun bau yang cukup meloyakan menyebabkan pemandu terpaksa masuk ke laluan bertentangan bagi mengelak melanggar guni itu.

"Timbunan najis itu perlu dialihkan segera kerana najisnya melekat pada tayar kereta dan menimbulkan masalah kepada pengguna beragama Islam. Sewajarnya masalah ini tidak berulang lagi," katanya.

Sementara itu, Jurutera Daerah Kuala Selangor, Ir Zamsari Mohamad berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk membersihkan laluan yang terjejas akibat tumpahan baja yang mungkin disimpan di dalam lori yang melebihi muatan.

"Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) masih menyiasat punca perkara ini dan bagi sesiapa yang melihat insiden itu diharapkan dapat membuat laporan di balai polis berhampiran bagi memudahkan tindakan diambil.

"Mungkin kenderaan yang membawa muatan baja itu melebihi dari simpanan yang sepatutnya menyebabkan perkara itu berlaku dan sewajarnya pemilik kenderaan tidak membawa muatan melebihi had yang ditetapkan kerana mengundang masalah kepada pengguna jalan raya," katanya. - Sinar Harian Online

Baja Najis Babi Bertaburan Di Kuala Selangorhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Najis.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Najis-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

KUALA SELANGOR - Tidak tahu dari mana datangnya, tetapi timbunan guni berisi baja dipercayai najis babi bertaburan di jalan Kuala Selangor menghala ke Bukit Rotan dan Ijok sehingga menimbulkan bau meloyakan. Bukan satu, tetapi puluhan guni yang hancur masih bertaburan di atas jalan menyebabkan pengguna terpaksa menggunakan laluan bertentangan gara-gara...

KUALA SELANGOR - Tidak tahu dari mana datangnya, tetapi timbunan guni berisi baja dipercayai najis babi bertaburan di jalan Kuala Selangor menghala ke Bukit Rotan dan Ijok sehingga menimbulkan bau meloyakan.