Khamis, 12 Disember 2013

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Blog Ustazah Liana ;): LIA HOMESTAY murah <b>di sekinchan</b>

Posted: 04 Dec 2013 09:31 PM PST

memandangkan kenduri-kendara banyak time cuti sekolah camni,homestay memang sangat laku lagi2 on weekend..rezeki..hehe..selain homestay family saye di KUALA SELANGOR (boleh klik di sini) terdapat 2 unit lagi homestay family saye di SEKINCHAN..baru siap decorate sepenuhnye^^
homestay ini hanya RM150 sehari semalam!!homestay di sekinchan ini dilengkapi 
2 bilik tidur dan 1 bilik air&tandas yang berasingan
sebanyak 2 unit homestay di sekinchan..sebenarnye ade 4 unit rumah..tapi 2 unit rumah yang di tengah tu abah saye jadikan rumah sewa..di corner lot kiri dan kanan tu yg abah saye buat homestay..
yg penyewa sorang tu mama saye cakap macam muke ari wibowo ok^^
ok jom kite tengok homestay yang pertama..RM150 sehari semalam
homestay ini terletak di parit 8 sungai leman,sekinchan,selangor..tepi jalan utama kuala selangor-sabak bernam..30 minit dari kuala selangor,15 minit ke sungai besar,30 minit ke sabak bernam 
jom tengok BILIK TIDUR UTAMA
bilik tidur utama ini dilengkapi;
- peralatan solat (sejadah,telekung,buku yaasin)
- gula,teh,nescaffe3in1,air mineral sebotol
TANDAS & BILIK AIR yang berasingan
ni pule homestay yang ke-2..kalau family ramai campur gn sedare mare lagi bolehla sewa 2 biji homestay ye..same juge harge..RM150 sehari semalam..design dalam pun same..cume warne sofa je lain^^
bilik tidur utama ini dilengkapi;
- peralatan solat (sejadah,telekung,buku yaasin)
saje saye nak bergambar jap..malam ni nak tido sini la..hehe


- gula,teh,nescaffe3in1,air mineral sebotol
TANDAS & BILIK AIR yang berasingan
pemandangan menghala ke jalan besar..keselamatan insyaallah terjamin sebab rumah jiran2 dekat^^rumah family saye pun dekat je..x sampai 2 minit naik kereta
kawasan lapang depan homestay tu pun insyaallah abah saye akan bina homestay juge..masih di dalam perancangan..so,sebelum tu bolehla dijadikan padang bola..haha...
- toto 2 unit (boleh ditambah mengikut keperluan TANPA caj tambahan)

- bantal lebih 2 unit (boleh ditambah mengikut keperluan TANPA caj tambahan)

HOMESTAY MURAH SEKINCHAN!
hanya RM150 sehari semalam!!!
BERMINAT??sila hubungi saye, LIANA ;) mama dengan abah saye pun boleh juge ;)
**kalau nak homestay murah saye di kuala selangor boleh klik di SINI

20 GRO warga asing ditahan <b>di Sekinchan</b> | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 11 Dec 2013 06:31 AM PST

- Wednesday: 2013-12-11 22:31:24'.

gro-belasan-tahun

SABAK BERNAM 11 Dis. – Sebanyak 20 wanita warga asing yang dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Taman Perindustrian Sekinchan di sini awal pagi ini.

Serbuan dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kesemua wanita warga Vietnam berusia antara 19 hingga 35 tahun itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu bagi menarik pelanggan ke pusat hiburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, serbuan dibuat hasil maklumat orang ramai mengenai kegiatan premis tersebut yang dikatakan mengambil wanita asing untuk bekerja sebagai GRO.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita warga asing itu hanya memiliki pas lawatan sosial. Mereka bekerja secara haram di premis hiburan berkenaan sejak beberapa bulan lalu," katanya di sini hari ini.

Noor Mushar berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan pengurus pusat karaoke berkenaan yang berusia 43 tahun untuk siasatan lanjut selain mengambil keterangan kira-kira 20 pelanggan yang berada di premis tersebut ketika serbuan dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads