Khamis, 12 Disember 2013

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Warga Emas Ditemui Mati Dibunuh <b>Di Subang Jaya</b> | Jenayah

Posted: 08 Dec 2013 07:30 PM PST

PETALING JAYA 9 Dis - Seorang pekerja kilang warga emas ditemui mati di dalam biliknya dipercayai dibunuh di pangsapuri Goodyear Court 2, USJ 6/1, Subang Jaya, dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata ketika kejadian kira-kira 4.30 petang Ahad, kakak mangsa, 59, hanya menyedari kematian adiknya Rumaizah Burham, 54, di dalam rumah setelah mendapati pintu bilik utama berkunci.

"Namun mengesyaki sesuatu yang tidak kena, kakak mangsa menyuruh anak lelakinya memecahkan pintu itu dan mendapati mangsa terbaring dengan muka ditutup dengan bantal serta cedera di bahagian muka.

"Hasil siasatan, polis mendapati keadaan rumah dan bilik mangsa berselerak serta pintu jeriji besi dan pintu utama tidak dirosakkan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Yahaya berkata mangsa cedera di bahagian muka, dahi dan hidung dipercayai akibat dipukul dengan benda tumpul.

Menurutnya, penjenayah terbabit dipercayai melakukan pecah rumah dengan menyangka mangsa telah pergi bekerja dan kemungkinan suspek telah mengenali mangsa.

"Setakat ini, beberapa saksi termasuk jiran dan sekuriti telah disoal siasat," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads