12 di selayang - Google Blog Search |
Gambar Pelanggan Mengamuk <b>Di</b> Kaunter P1 Wimax <b>Selayang</b> Mall <b>...</b> Posted: 14 Dec 2013 11:24 PM PST Gambar pelanggan mengamuk di Kaunter P1 Wimax Selayang Mall. Isu tidak puas hati pengguna terhadap P1 Wimax semakin parah apabila ada individu sanggup menyerang sebuah kaunter cawangan P1 Wimax dilokasi Selayang Mall. Bagi yang mengikuti kisah P1 Wimax dilaman sosial, umum sudah mengetahui bahawa ramai pengguna menghadapi masalah CTOS setelah mereka gagal membayar bil internet P1 Wimax. Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila segelintir pihak sudah lama menghentikan kontrak perjanjian bersama P1 Wimax namun bil akaun mereka masih lagi berjalan sehinggakan pengguna dipaksa membayar jumlah terkumpul mencecah ribuan ringgit. Justeru itu, mana-mana individu yang gagal membayar bil tersebut akan diugut oleh ejen guaman (Syarikat Kutip Hutang) untuk senaraikan nama pengguna dibawah sistem CTOS. Ini menimbulkan kemarahan ramai pengguna dan 'Facebook P1 Wimax Sucks" yang kini hampir mencecah hampir 14,000 pengguna ditubuhkan untuk memboikot P1 Wimax. CTOS atau Credit Tip Off Service adalah sebuah organisasi yang mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik mereka. Apabila nama individu tersenarai dibawah CTOS, adalah sangat sukar untuk membuat sebarang pinjaman bank. Dengan itu, pengguna perlu menjelaskan hutang terlebih dahulu kepada P1 Wimax sebelum rekod nama dibersihkan daripada CTOS. Gambar Pelanggan Mengamuk Di Kaunter P1 Wimax Selayang Mall |
You are subscribed to email updates from di selayang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan