Jumaat, 27 Disember 2013

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Selangor Hancur ; Rumah Maksiat <b>Di Subang Jaya</b> Bertambah <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 09:31 AM PST


Tukang urut warga Vietnam yang cuba melarikan selepas terjun dari tingkat dua bangunan kedai tiga tingkat di Bandar Puteri dekat sini.

Gaji YB dah nak naik melebihi gaji Adun-Adun negeri lain..malah gaji Adun Subang Jaya naik beratus %..lebih dari gaji Timbalan Perdana Menteri..bukan itu saja..khabarnya rumah dah berpindah ke kawasan elit Putra Height..harga kat sejuta dah..kereta Free sebab Speaker..drebar sorang..perghHH kawasan sendiri d biarkan sebab sibuk atau memang sengaja d biarkan?

Kata Cikgu Cina Sekolah Gereja masa lepak minum d Subang Jaya tadi.."..manusia ni kalau selagi nama manusia..tambahlah harta pada mereka pun takkan cukup..gaji mahal tak semestinya mereka tidak ambil rasuah..manusia dan tamak tak boleh d pisahkan.."
Masuk akal juga..yang kaya mesti nak tambah harta..yang berkuasa mesti nak kekalkan kuasa..hehe kenapa susah sangat nak hapuskan Rumah Maksiat d Selangor? Sapa jaga Sapa ni?

SUBANG JAYA – Gara-gara terlalu takut apabila premis tempatnya bekerja diserbu, seorang tukang urut wanita warga Vietnam sanggup memperjudikan nyawa dengan terjun dari tingkat dua bangunan kedai di Bandar Puteri di sini untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, tindakannya membawa malang apabila dia bukan sahaja patah tulang pinggang dan kaki malah berjaya diberkas anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang berkawal di tingkat bawah premis.

Dalam serbuan bermula jam 9.30 malam, wanita terbabit pada awalnya dikatakan berpura-pura meminta izin untuk ke tandas.

Dia kemudian dipercayai memanjat tingkap tandas sebelum mengambil keputusan terjun tanpa menyangka terdapat beberapa anggota penguatkuasa membuat kawalan di tingkat bawah.

Wanita yang meraung kesakitan akibat kecederaan dialami kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan susulan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads