12 di ampang - Google Blog Search |
Jom Membeli Belah <b>Di</b> Plaza <b>Ampang</b> City ~ Kisah Seorang Lobam Posted: 16 Jan 2014 11:29 PM PST Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan serta rezeki yang melimpah ruah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia serta sahabat dan ahlul bait baginda. Cuti sempena Thaipusam boleh digunakan sebaiknya untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Bercerita tentang kehidupan serta berbincang mengenai pelajaran anak-anak dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan. Malah dengan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak akan melahirkan keluarga yang sakinah. Berbelanja bersama keluarga juga mampu menjadi terapi dalam mewujudkan keluarga yang mawaddah. Tidak salah rasanya sang suami mengeluarkan sedikit wang untuk memberi penghargaan kepada sang isteri atas penat lelah menguruskan keluarga. Biarpun isteri mempunyai wang sendiri, tetapi menurut Islam wang isteri adalah milik mutlak mereka. Banyak tempat membeli belah di negara kita. Dari kawasan elit di Pavilion dan Suria KLCC membawa ke pasar malam menjadi pilihan pengguna. Tambahan tahun 2014 adalah merupakan Tahun Melawat Malaysia. Pasti banyak pusat membeli belah berlumba-lumba untuk mengadakan jualan 'tak mahu untung'. Dalam sibuk mencari tempat membeli belah yang sepadan dengan kedudukan kewangan di dalam poket, saya terjumpa dengan entri Pengalaman Shopping Di Plaza Ampang City di blog Flavour Of Life www.eyriqazz.com Ya satu idea yang menarik. Bagi yang menginap di kawasan sekitar, Plaza Ampang City memang tidak asing lagi. Tetapi bagi mereka yang tinggal di luar kawasan pasti tertanya-tanya di manakah letaknya pusat membeli belah ini. Pusat membeli belah yang terletak di Jalan Ampang ini terletak berhampiran Flamingo Hotel dan Ampang Point City Center dengan koordinat 3°9'34"N 101°44'53"E. Bangunan berbentuk tiga segi yang unik ini menempatkan banyak kedai harga patut yang sesuai untuk golongan kebanyakan. Antara kedai yang menjadi pilihan di sini ialah kedai beg yang terletak di tingkat 1. Pelbagai jenis beg berjenama seperti beg tangan dan beg kembara terdapat di sini. Menurut pengurus kedai ini, kebanyakan beg yang berada di sini adalah asli dan ditempah terus dari luar negara. Dengan pelbagai jenama seperti Samsonite dan Harrods pasti membuatkan sang suami tidak keruan memandangkan si isteri seakan hilang ingatan melihat beg yang cantik dengan harga yang berpatutan. Barangan disusun dengan kemas dan cantik bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan. Bagi peminat pasukan The Red Warriors, anda boleh mendapatkan barangan seperti jersi dan cenderahati pasukan bola sepak Kelantan di Kedai Red Warriors Station Kuala Lumpur. Selain daripada jersi, kedai ini juga menjual cenderahati yang lain seperti seluar, beg, rantai kunci dan bendera The Red Warrios. Malah jersi terbaru pasukan TRW juga boleh didapati di sini dengan harga RM100 sehelai. Red Warriors Station merupakan pengedar sah barangan KAFA. Jadi anda tidak perlu risau kerana sudah pasti barangan yang terdapat di sini semuanya asli. Kedai ini dibuka jam 10.30 pagi hingga jam 7.00 petang setiap hari dan 2.30 petang sehingga 7.30 petang pada hari Jumaat. Bagi peminat sukan berkuda seperti ekuestrian atau endurance, Equine Kuala Lumpur menawarkan rangkaian produk sukan endurance pada harga yang mampu milik. Kedai yang terletak di 332A-G08 ini menyediakan satu set gear lengkap yang terdiri daripada suit, kasut but, helmet dan seluar khas sukan berkuda serendah RM500 sahaja. Bagi pengguna yang mementingkan jenama dan keaslian produk, usah risau kerana kebanyakan produk di kedai ini diimport terus dari negara-negara Eropah seperti Perancis dan Australia malah ada juga produk buatan Malaysia. Bagi anda yang ingin membeli pakaian kanak-kanak mahupun dewasa, anda boleh dapatkan pakaian-pakaian yang berkualiti dengan harga yang murah di sini. Tentu rambang untuk mata memilih pakaian yang pelbagai warna dan corak yang pastinya menarik pandangan mata. Bagi anda yang berniaga pakaian di dalam talian, kedai ini pastinya menawarkan harga yang murah untuk anda. Malah sekiranya anda membeli dengan kuantiti yang banyak, tawar menawar dibenarkan. Kasut yang cantik dan berkualiti juga ada ditawarkan di sini. Tidak salah rasanya untuk kita membelanjakan sedikit wang untuk menggembirakan anak-anak. Tidak cukup rasanya untuk saya bercerita tentang Plaza Ampang City di ruangan yang kecil ini. Jadi kepada pembaca di luar sana, apa kata habiskan masa cuti 3 hari anda minggu ini dengan membeli belah di Plaza Ampang City. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga anda. Jom kita ke Plaza Ampang City. Sumber gambar : www.eyriqazz.com dan internet |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan