Selasa, 21 Januari 2014

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Perhimpunan Isu Kangkung <b>Di Bandar Sunway</b> 18 Januari 2014 <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2014 12:18 AM PST

Gambar perhimpunan isu kangkung di Bandar Sunway pada 18 Januari 2014. Antara matlamat utama himpunan ini adalah mengecam tindakan pembangkang yang menghina Perdana Menteri Najib Razak berkaitan isu kangkung baru-baru ini. Antaranya adalah tindakan biadab Anggota Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk, Pulau Pinang pada Rabu 15 Januari 2014.

Perhimpunan anjuran Umno Bahagian Permatang Pauh yang dihadiri seramai 3,000 peserta itu juga merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam. Selain melaung slogan 'Hidup Melayu' dan berselawat peserta perarakan itu juga membawa kain rentang yang mengecam perbuatan biadab tersebut.

Gambar Perhimpunan Isu Kangkung Di Bandar Sunway 18 Januari 2014

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads