Rabu, 15 Januari 2014

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Tempat Menarik <b>Di Hulu Selangor</b> | Melastik Bintang | Parenting <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2013 09:00 PM PST

Salam 1 Malaysia,

Industri pelancongan di Malaysia boleh dikatakan amat baik dan merupakan salah satu sumber ekonomi bagi negara kita sendiri. Telah banyak yang dilakukan bagi memperkenalkan produk pelancongan negara kita kepada orang ramai dan pelancong dari luar negara oleh pihak kerajaan, badan-badan NGO dah agensi pelancongan yang banyak terlibat.

Antara salah satunya ialah program Sahabat Media Cuti – Cuti 1 Malaysia. Sahabat Media Cuti – Cuti 1 Malaysia telah pun mengadakan 'road tour' satu Malaysia dengan membawa para media, wartawan,agensi pelancongan turut serta dalam 'road tour'ni.

Kali ini MB turut dijemput untuk menyertai Sahabat Media Cuti – Cuti 1 Malaysia ke Hulu Selangor. Ini merupakan program terakhir yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Tourism Malaysia juga Tourism Selangor, Majalah Santai Travel dan M-Mode Berhad. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula dari 27 November sehingga 29 November 2013.

27 November 2013

Para peserta program dikehendaki berkumpul di MATIC (Pusat Pelancongan Malaysia, Jln Ampang KL) bermula jam 6.30pagi dan bas akan bertolak ke Kompleks Taman Seni Islam,  Shah Alam jam 7.30 pagi.

Oleh kerana MB tinggal di Shah Alam, lebih mudah MB terus ke Kompleks Taman Seni Islam,  Shah Alam, tidak perlu ke MATIC. Sementara menunggu rakan rakan media dari MATIC, MB dan rakan Nisa Kay bersarapan dahulu di cafe Kompleks Taman Seni Islam,  Shah Alam.

Setibanya rakan rakan media di lokasi, kemudian berlangsungnya Sidang Media Sahabat Media Cuti – Cuti 1 Malaysia. Setelah sidang media selesai, kami para media dibawa melawat ke dalam Yayasan Restu dan produk yang dihasilkan mereka.

Yayasan Restu ditubuhkan pada tahun 1988 sebagai sebuah pertubuhan non-profit organization di bawah Akta Syarikat 1965. Ia bertujuan untuk menyebarkan mesej Islam di seluruh dunia, untuk mengukuhkan akidah orang Islam dan menghidupkan semula bidang seni Islam.

Pada tahun 1994 Yayasan Restu mencipta sejarah di Malaysia dengan menjadi asas yang pertama di negara ini untuk memajukan dan membuat salinan manuskrip Al-Qur'an, sesuatu yang tidak pernah dicapai sejak kejatuhan Melaka 500 tahun lalu. Maklumat lanjut di http://www.restu-art.com/

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Produk di Yayasan Restu

Sebelum bertolak kami bergambar bersama dengan Tourism Malaysia Selangor dan pihak media. Kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Felda Sg.Tengi Hulu Selangor lebih kurang jam 11.30 pagi dan makan tengahari di lokasi lebih kurang jam 12.30 tengahari.

Lokasi yang dituju selepas itu ialah lokasi dimana pembuatan pasu batik di Felda Sg.Tengi. Disini kami didedahkan dengan cara membuat dan membalut pasu / tembikar dengan menggunakan kain batik dari bermulanya proses sehingga tamat oleh Puan Seri Rohani. Sesuatu yang amat menarik untuk dilihat, kerana belum pernah dan tidak terlintas di fikiran bahawa adanya produk seperti ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://allaboutpasubatik.blogspot.com/

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Pembuatan Pasu Batik Di Felda Sg.Tengi

Seterusnya kami ke Kilang Tropikal Jus Kalumpang dimana di sini proses pembuatan jus jus segar antaranya jus epal, jus jambu, jus oren dan pelbagai lagi, bukan itu sahaja di kilang ini juga membekalkan botol minuman kepada syarikat syarikat yang besar juga. Di dalam kilang ini memang menitikberatkan tentang kebersihan , para pekerja atau pelawat yang masuk harus mematuhi etika pemakaian seperti jaket, but dan topeng muka.

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Pembuatan Tropikal Jus Kalumpang

Selesai melawat Kilang Tropikal Jus Kalumpang, kami dibawa terus ke penginapan kami untuk hari pertama ini iaitu di Teratak Riverview Resort lebih kurang dalam jam 5 petang. Perjalanan untuk masuk ke resort ini amat mencabar juga, kami menaiki kenderaan yang disediakan sendiri oleh pihak resort iaitu  lori dan pacuan 4 roda. Lokasinya memang amat dalam disebabkan itu bas tidak boleh masuk ke dalam.

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Teratak Riverview Resort

Sampai sahaja di resort kami dijamu minum petang dan sambil itu kami diberikan bilik untuk penginapan. Badan pun dah penat kita rehat dahulu sebelum meneruskan aktiviti malam nanti. Tepat jam 8 malam kami turun untuk makan malam dan cuaca agak sejuk dek kerana hujan dari petang tadi.

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Sempat bergambar sebelum beraksi Flying Fox

Selesai makan malam, lebih kurang jam 9 malam, aktiviti mencabar akan bermula iaitu Flying Fox. Pertama kali MB merasai Flying Fox di waktu malam kebiasaannya dilakukan pada waktu siang. Walaupun dah lakukan banyak kali aksi Flying Fox ini, perasaan gementar tetap ada. Flying Fox di waktu malam merentasi negeri Selangor dan Perak yang dipisahkan sebatang sungai. Aktiviti selesai lebih kurang pada jam 11malam.

28 November 2013

Suasana pagi di sini agak tenang dan dingin disertai oleh bunyian air sungai yang deras. Kami bersarapan dahulu sebelum memulakan aktiviti yang mencabar seterusnya iaitu Tubing. Apa itu tubing? Ianya seakan akan aktivti water rafting tetapi tubing hanya menggunakan pelampung sahaja.

Boleh dikatakan agak merbahaya juga tetapi kami diberikan taklimat keselamatan oleh jurulatih. Memang seronok melakukan aktiviti tubing ini sebab pertama kali melakukannya, takut tu memang ada bila tengok derasan ais sungai tersebut.

Yang paling mencabar ialah aktiviti 4 Wheel Drive merentasi sungai, memang seronok dan sangat mencabar, bayangkanlah dengan liku liku sungai yang berbatu dan derasan air sungai anda merentasinya dengan memacu pacuan 4 roda. Ada yang melakukan aktiviti ini ada juga yang bermandi manda menikmati kesejukkan air sungai.

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Sesi Gambar Bersama..

Maklumat Lanjut di http://teratakriverview.blogspot.com/

Lebih kurang jam 12 tengahari kami bersiap -siap untuk check out dari resort dan makan tengahari bersama dahulu. Ada lagi yang seronok rupanya apabila pihak resort menjamu kami dengan Durian setelah makan tengahari. Bagi mereka yang 'Hantu Durian' ianya salah satu nikmat dunia apabila dapat makan Durian disini. Setelah selesai mengambil gambar bersama kami dibawa keluar dari lokasi untuk menuju ke lokasi seterusnya.

Lokasi kami seterusnya ialah ke Refreshing Spring Resort yang terletak di Kampung Gumut, Hulu Selangor. Terletak di bandar Kalumpang, hanya satu jam setengah dari bandar Kuala Lumpur, Springs Resort  terletak di  tepi sungai dan keadaan sekeliling yang amat menyegarkan. Dibina dalam kebun buah-buahan tropika, santapan bermusim tempatan kita dan anda hanya perlu memetik sahaja buah-buahan tersebut. Springs Resort menawarkan anda platform yang baik untuk aktiviti anda dalam teambuilding, conference, kem motivasi dan banyak lagi.

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Kemudahan di Refreshing Spring Resort

Lebih kurang jam 2.30 petang  kami sampai ke lokasi dan dijamu dengan buah durian lagi dan jus kedondong asam boi. Pokok durian disini memang renek sebab anda boleh petik buah durian macam itu sahaja tanpa menunggu ianya gugur. Kami diberikan bilik untuk menginap malam ini, bilik yang agak selesa dengan binaan kayu terasa seperti duduk di kampung apatah lagi dengan suasana dusun di sekeliling.

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Kolam Air Panas di Refreshing Spring Resort

Jam 4 petang kami memulakan aktiviti pertama disini dengan aktviti yang lagi mencabar iaitu Paintball. Ini merupakan aktiviti kegemaran MB kerana ianya mencabar dan terasa dalam peperangan sebenar. Permainan ini lebih mengutamakan aspek kerjasama kumpulan dan kebijaksanaan dalam menyusun strategi untuk menang. Aktiviti yang turut disertai hujan yang turun membuatkan lagi ianya mencabar.

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Aktviti Paintball yang mencabar..

Selesai memenatkan diri dengan Paintball, apalagi yang ditunggu iaitu mandi di kolam air panas. Setelah penat bermain kita berendam dahulu. Kolam air panas ini ada 2 bahagian iaitu yang memang panas dan kedua ialah air yang tidak begitu panas mungkin sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak anak. Maklumat lanjut di http://refreshingspringsresort.com/

Jam 8 malam acara kemuncak yang ditunggu iaitu majlis makan malam bersama tetamu kehormat dari Majlis Daerah Hulu Selangor dan Tourism Malaysia juga Tourism Selangor. Untuk maklumat tambahan trip kali ini turut disertai oleh artis iaitu pelakon Cha Cha Maembong, Ikhwal, Ryan dan Milia. Penyertaan mereka ini harus dipuji kerana berani dalam mengikuti trip seperti ini.

Selepas majlis makan malam, para peserta boleh melakukan aktiviti bebas. Ada yang balik ke bilik untuk berehat dan ada pula yang pergi memancing di kolam yang disediakan.

29 November 2013

Pagi yang amat segar di kelilingi tumbuhan tumbuhan hijau dan dusun dusun buah sememangnya amat disukai oleh orang ramai untuk lari dari kesesakan di Kuala Lumpur. Kami bersarapan pagi dan bersiap untuk check out dari resort ini.

Tepat jam 10 kami bertolak ke Bandar  Kuala Kubu Bharu untuk aktiviti seterusnya. Di Bandar Kuala Kubu Bharu kami didedahkan dengan sejarah dan kesenian di bandar ini.  Bandar ini dibina setelah berlakunya banjir besar di Kuala Kubu pada 1883. Turut dikenali dengan nama Bandar Warisan Dalam Taman dan untuk pengetahuan Daerah Hulu Selangor mempunyai bunga rasmi iaitu Bunga Matahari, seperti Shah Alam ialah Bunga Anggerik. Lokasi pertama yang kami singgah ialah di Menara Jam Bukit Kerajaan.

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Tempat menarik di KKB..

Antara tempat tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini ialah :

  • Kuil Buddha
  • Stesen Keretapi Bandar Kuala Kubu Bharu
  • Monumen Kuala Kubu
  • Ampang Pecah
  • Sg.Chilling
  • Sg.Selangor

Seterusnya lokasi makan tengahari kami ialah di Rumah Rehat Majlis Daerah Hulu Selangor dan kami meneruskan perjalanan ke Strawberry Leisure Farm,Genting yang terletak di Bandar Gohtong Jaya, Genting Highlands.

Genting Strawberry Leisure Farm adalah ladang strawberi yang terbesar di Malaysia dan yang pertama seumpamanya di rantau Genting Highlands. Sebuah ladang yang berkonsepkan menggabungkan unsur-unsur pertanian, perniagaan dan percutian ia menyediakan pengalaman strawberi utama untuk peminat buah ini.

Disini kami dibenarkan memetik Strawberi sendiri dan membayar mengikut jumlah Strawberi yang dipetik. Rambang mata bila melihat Strawberi yang kemerah-merahan. Mengikut pemilik Strawberry Leisure Farm,Genting ini buah Strawberi ini akan berbuah setiap hari. Jadi tiada masalah jika pelancong datang setiap hari untuk memetik dan membeli buah Strawberi. Maklumat lanjut di Strawberry Leisure Farm Genting 

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Jom kita petik Strawberry..

Seterusnya kami melawat Happy Bee Farm yang tidak jauh dari Strawberry Leisure Farm. Disini pelawat boleh mengenal dunia lebah dan dunia serangga.  Maklumat lanjut di http://www.myhappybeefarm.com/

Kami bertolak ke lokasi terakhir program kami iaitu di I-City Shah Alam. Tiba di lokasi pada jam 4.30 petang. Di i-city memang banyak tarikan, tidak rugi jika pelancong luar datang malah pelancong dalam negara juga turut datang kesini. I-city terkenal dengan 3 jenis perniagaan mereka iaitu Hartanah, MSC dan Pelancongan.

Acara terakhir disini ialah Sidang Media oleh pihak i-city dan Tourism Selangor seterusnya penyampaian sijil kepada peserta. Kami kemudian dibawa ke Visit - Program CC1M Night Tourism Fair. MB sudah banyak kali datang ke i-city kerana tertarik dengan kelipan lampu neon yang menghiasi malam.  Amat sesuai untuk anda membawa keluarga datang kesini.

SAHABAT MEDIA CC1M HULU SELANGOR

Tarikan di I-City Shah Alam..

Antara tarikan di i-city ialah:

  • City of Lights
  • Red Carpet
  • Trick Art Museum
  • Snow Walk
  • Waterworld
  • House of Horror
  • City Walk

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://i-city.my/  untuk harga tiket dan kemudahan yang disediakan.

i-city map

Peta ke I-City Shah Alam

Pada pandangan MB , program sahabat media seperti ini harus diadakan setiap tahun untuk mempromosikan tempat tempat menarik di Malaysia. Sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 tahun hadapan, kita harus giat dalam mempromosikan negara Malaysia yang terkenal dengan pelbagai tempat pelancongan.

Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Majalah Santai, Majlis Daerah Hulu Selangor, M-Mode Berhad dan pihak media serta peserta. Semoga berjumpa lagi di program yang akan datang.

Maklumat Lanjut :

http://www.tourism.gov.my/en/my

http://www.tourismselangor.my/

http://www.mdhs.gov.my/

http://www.mmode.com.my/gallery/photos/media/santai

Artikel Lain Boleh Dibaca:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads