Rabu, 15 Januari 2014

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


(5 Gambar) Wanita maut nahas libat tiga kenderaan <b>di Sepang</b> <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2013 06:00 AM PST

Nahas yang melibatkan tiga buah kenderaan di KLIA semalam.

Nahas yang melibatkan tiga buah kenderaan di Sepang tengah hari semalam.

Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 51.5 Jalan Dengkil-Kota Warisan, semalam.

Dalam nahas kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nathrah Zulkifli, 38, yang memandu kereta proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang rakan dan dua anaknya cedera parah.

Difahamkan ketika kejadian, Nathrah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Persada Murni Alam Milenia, Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan sebelum dirempuh oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang datang dari arah bertentangan.

Wanita maut nahas 3 kenderaan sepang

Kereta Avanza yang terlibat dalam nahas itu. Gambar kecil pemandu Proton Iswara Nathrah Zulkifli maut di tempat kejadian.

Wanita maut nahas 3 kenderaan sepang5 Wanita maut nahas 3 kenderaan sepang6

Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang, Inspektor Farah Hakim Azizan berkata, siasatan awal mendapati Toyota Avanza yang dipandu oleh seorang lelaki bersama dua penumpang lain hilang kawalan dan terbabas ke laluan bersebelahan.

Katanya, selain dirempuh MPV itu kereta mangsa turut dilanggar sebuah teksi yang mengekorinya di belakang.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan," katanya ketika ditemui ditempat kejadian di sini hari ini.

Wanita maut nahas 3 kenderaan sepang2

Keadaan sebuah teksi dan Toyota Avanza yang kemek.

Wanita maut nahas 3 kenderaan sepang4

Pemandu teksi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87724222.-u

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads