Isnin, 13 Januari 2014

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Dera: Wanita sumbat kemaluan anak tiri dengan cili <b>di Kajang</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2014 11:38 PM PST

Desperado | 1/07/2014 | 0 comments

KAJANG: Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

"Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini.

Category: ,

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads