12 di kajang - Google Blog Search |
- adun <b>kajang</b> letak jawatan .. pilihanraya kecil bakal <b>di</b> <b>...</b> - Omak Kau!!!!
- KELAB GREENBOC: "Kangkung" Bakal Bergema <b>Di</b> PRK <b>Kajang</b>
- [TERKINI - VIDEO] Sah Anwar Ibrahim Bertanding <b>Di</b> DUN <b>Kajang</b>
adun <b>kajang</b> letak jawatan .. pilihanraya kecil bakal <b>di</b> <b>...</b> - Omak Kau!!!! Posted: 27 Jan 2014 01:39 AM PST Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok. Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini. "Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh. Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri. Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas. Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus. Pilihanraya kecil ini cukup bermakna selepas kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyeksa dan mendera rakyat cukup kencang dibicara secara terbuka. Jauh dilubuk hati kecil Omak Kau cukup yakin UMNO/BN tidak akan bertanding PRK ini bila ianya diadakan kelak... Alasan diberikan ialah 1) ianya kosong kerana perletakkan jawatan .. 2) Menang kalah tidak mengubah kedudukkan kerajaan negeri Selangor.. 3) Pembaziran wang tenaga dan masa parti ... 4) Tidak mahu terperangkap dengan permainan politik pembangkang. Realitinya .. UMNO takut kalah teruk!!!!!. .. Majoriti.. Ins'yAllah siapa jua calon dari PKR/PR jauh lebih besar dari 6,824 nanti. |
KELAB GREENBOC: "Kangkung" Bakal Bergema <b>Di</b> PRK <b>Kajang</b> Posted: 27 Jan 2014 05:31 PM PST "Saya bukan penyokong mana-mana parti tetapi saya suka jika pilihanraya kecil ini boleh dijadikan saluran paling sesuai untuk kerajaan menjawab isu kenaikan harga barang, tarif elektrik dan sebagainya. "Bukan kita hendak menekan kerajaan tetapi inilah masa yang paling sesuai untuk kita bersoal jawab dengan kerajaan secara langsung. "Saya pasti, ramai pemimpin bertaraf menteri akan turun berkempen di sini nanti dan inilah saat yang ditunggu rakyat untuk mendapatkan penjelasan," kata Mahadi Amran dari Taman Bukit Mewah, Kajang. Menurut Mahadi, kenaikan harga barang bukannya perkara kecil kerana ia melibatkan belanjawan hidup rakyat terutama rakyat berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak. Seorang lagi penduduk dari Saujana Impian, Kajang Shahiruddin Saari berharap semua penyokong parti yang bertanding tidak bertindak di luar kawalan jika mahu menimbulkan isu kenaikan harga barang dan elektrk. "Memang kenaikan harga barang amat dirasakan oleh kami yang berpendapatan rendah tetapi jika ada menteri yang datang berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kajang nanti, saya harap suasana tenang dapat diwujudkan. "Kami memang tunggu untuk berdialog dengan menteri yang bakal datang berkempen di kawasan kami nanti tetapi kami harap, tidak ada masalah yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak. "Kami harap, tidak ada provokasi oleh mana-mana pihak yang datang berkempen nanti baik daripada penyokong kerajaan mahupun sebaliknya," ujar Shahiruddin. Petang semalam, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh mengesahkan ADUN Kajang N25, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini Perkara itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok bagi mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari. Pada pilihan raya umum lalu, Lee yang merupakan calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan calon BN, BERJASA dan tiga calon bebas. Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus. - MalaysiaGazette |
[TERKINI - VIDEO] Sah Anwar Ibrahim Bertanding <b>Di</b> DUN <b>Kajang</b> Posted: 27 Jan 2014 08:33 PM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Pusat PKR sebentar tadi. Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut. "Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut. "...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya. -SH ULASAN GB Sudah pun diputuskan dan menurut Tan Sri Khalid: rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut. Yang kelihatan di dalam sidang media ialah beberapa orang pemimpin DAP & PAS juga termasuklah Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub, Dr. Mohd Hatta Ramli, Lim Kit Siang dan Anthony Loke. Oleh kerana sudah diputuskan demikian, saya berharap ahli-ahli PAS terutamanya, yang ramai GB kesan ramai tak puashati dengan kemelut yang sedang berlaku di Selangor supaya banyak bersabar dan tidak melanggar adab berjemaah dan organisasi. 9 comments: |
You are subscribed to email updates from di kajang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan