12 di sepang - Google Blog Search |
Suzuki BelangR150 <b>di</b> Litar Antarabangsa <b>Sepang</b> -Kejohanan KBS <b>...</b> Posted: 20 Jan 2014 02:48 AM PST Sekali lagi ~ Suzuki BelangR150 Terbukti Ketahanan diLitar Lumba -Kejohanan KBS-MAM Kapcai Endurance 4 Hours Race 2013/2014 Peringkat Akhir di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang. Penyertaan untuk kali kedua, dimana penyertaan yang pertama adalah pada tahun 2012 lalu, tahun 2013 sekali lagi membuka kalender kejohanan endurance anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Motorsport Association of Malaysia. Kejohanan KBS-MAM Kapcai Endurance 2 Hours Race 2013 ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru didalam perlumbaan motosikal. Dengan peringkat kelayakan pada bulan Oktober 2013 yang lalu di litar Elite, USJ yang lalu, pasukan kami telah menempatkan diri dalam kelompok 27 pasukan yang layak untuk beraksi di peringkat Akhir di Litar Antarabangsa Sepang. Berbekalkan keyakinan, serta peraturan baru tahun ini yang hampir sama berbanding peraturan tahun lepas 2012, persiapan jentera dilakukan bagi mendapatkan setting yang terbaik. Jentera BelangR150 yang telah mempunyai 147cc perlu dimaksimumkan keupayaan jentera bagi memberikan saingan yang lebih baik tahun ini. Namun bukan rezeki kami tahun ini apabila setting pada jentera tampak tidak menjadi. Pelbagai cabaran, suka duka ditempuhi sepanjang perjalanan ke Litar Antarabangsa Sepang. Namun hanya semangan dan keazaman menjadi bekalan ke Litar Sepang. Walau apa pun cabaran mendatang, ia semakin mengukuhkan semangat setiakawan dalam setiap pasukan. Dengan semangat setiakawan itulah, saya ucapkan jutaan terima kasih buat rakan-rakan yang sudi membantu. Perjuangan tidak berakhir disini, selagi nadi berdenyut, selagi itu kami akan berusaha lagi |
You are subscribed to email updates from di sepang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan