Rabu, 1 Januari 2014

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


ISMA Nafi Anjur Flashmob <b>Di</b> Dataran <b>Shah Alam</b> | AIDC

Posted: 30 Dec 2013 03:49 AM PST

AIDCNews – 30/12/13 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini menafikan penganjuran sebuah himpunan 'flashmob' besar-besaran yang dirancang berlangsung pada 31 Disember bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Setiausaha Agung ISMA, Dr Ahmad Kamsani Samingan berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyalahgunaan identiti ISMA.

"Saya dengan tegas menafikan penglibatan ISMA dalam kempen tersebut dan kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," kata beliau kepada ismaweb.

Beliau merujuk kepada satu poster yang menggunakan identiti ISMA mengajak orang ramai menghadiri perhimpunan itu tersebar di media sosial sebagai kempen mengumpul 50 ribu tandatangan membantah kenaikan harga lesen di Selangor.

Poster itu juga menyatakan tiga aktiviti yang akan dilaksanakan iaitu solat hajat untuk keselamatan negeri Selangor, solat taubat untuk Anwar Ibrahim dan solat hajat untuk membuka hati Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Yang Dipertua ISMA Shah Alam, En Dollah Sani Suratman di Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam sebagai penafian penglibatan ISMA dalam perhimpunan tersebut.

Pejabat baru ISMA bakal jadi pusat dakwah <b>di Shah Alam</b> | ISMAWeb

Posted: 29 Dec 2013 12:54 AM PST

SHAH ALAM, 25 Dis. - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam kini menggiatkan aktiviti dakwahnya dengan pembukaan rasmi pusat dakwahnya hari ini di Seksyen 20, Shah Alam.

Menurut Yang Dipertua ISMA Shah Alam En. Dollah Sani b. Suratman, dengan pembukaan pusat ini akan menggiatkan lagi aktiviti dakwah di Shah Alam dan sekitarnya.

"Dengan rasminya pejabat baru ISMA Shah Alam ini, akan menjadikan ianya sebuah pusat dakwah di Shah Alam ini", katanya.

perasmian pejabat 4

"Di samping itu juga kita akan menggiatkan lagi aktiviti dakwah di sini yang mana dapat memberi manfaat kepada ahli ISMA dan masyarakat sekitarnya", tambah beliau lagi semasa Majlis Perasmian Pejabat Baru ISMA Shah Alam.

Selain itu katanya, ISMA Shah Alam akan mengadakan pelbagai lagi aktiviti yang menjurus kepada pembangunan jatidiri umat Islam, kebajikan dan kemasyarakatan, antaranya usrah umum, seminar, Circle Aulad, kelas Al-Quran dan sebagainya.

SA

Pejabat baru ini telah dirasmikan oleh En Abdul Rahman Md Dali, Naib Presiden II ISMA yang kemudiannya mengadakan lawatan ke pejabat baru sejurus selepas majlis.

Di akhir majlis, diadakan majlis penyampaian hadiah penghargaan bagi anak-anak ahli ISMA Ahah Alam yang mendapat kejayaan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads