Rabu, 1 Januari 2014

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


8 Gambar Kemalangan ngeri 3 beranak maut kereta langgar treler <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 05:01 PM PST

http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/12/8-gambar-kemalangan-ngeri-3-beranak.html


SUNGAI BULOH: Gara-gara mengantuk, tiga sekeluarga termasuk seorang remaja berusia 17 tahun maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki melanggar belakang sebuah treler sebelum terbabas ke tengah jalan dan dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda dalam kejadian di kilometer 451.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur berdekatan Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu Norhairy Ahmad, 42, bersama isterinya, Rohayati Oman, 42, dan anak pasangan itu Adibah Norkhairy, 17.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, kereta Proton Wira itu dengan tiba-tiba melanggar belakang sebuah treler dan terbabas ke tengah jalan.

Menurutnya, sebuah kereta pacuan empat roda pula yang gagal mengelak kereta berkenaan melanggar Proton Wira itu dari arah belakang.

"Akibat perlanggaran itu, isteri mangsa dan anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta itu yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh namun meninggal dunia di hospital.

"Pemandu kereta pacuan empat roda itu turut mengalami kecederaan ringan," katanya. -Hmetro

Sumber gambar: IPD Sg Buloh via Ondescene.my

Ini pula catatan terakhir di Twitter peribadi Adibah Norkhairy (33 Jam sebelum ajal):

"Aku boleh hidup jika manusia meninggalkan aku, tapi aku akan mati tanpa Allah di sisiku.

Dan ini catatan di blog beliau:

Hai. *lambai-lambai* Alhamdulillah, kita masih hidup pada hari ini. Andai kata mati telah datang menyambut ahli keluarga kita, mahupun saudara terdekat sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. InsyaAllah.

Semoga Arwah Adibah dan kedua ibu bapanya dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman... 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads