12 di ampang - Google Blog Search |
Pengalaman Shopping <b>di</b> Plaza <b>Ampang</b> City | Eyriqazz.com Posted: 15 Jan 2014 08:22 PM PST Bulan lepas sempat kami singgahi di Plaza Ampang City. Tempat ini agak tersorok sedikit. First time singgah selepas direkomenkan oleh pengasuh kami. Katanya pelbagai pilihan barangan di sini dengan harga yang berpatutan. Pucuk di cita, ulam mendatang, time kami datang itu dilayan oleh salah seorang Pengurus Operasi di beberapa kedai ini, Encik Izham . Most kedai berada di tingkat 1. Salah satu kedai yang agak unik dan sentiasa menjadi pilihan wanita adalah kedai beg. Beg tangan, beg bagasi dan pelbagai beg lagi. Kata encik Izham , most beg di sini adalah original .Direct order dari supplier di oversea mostly. Usha-usha, Isteri mula rambang mata dengan pelbagai jenama i.e. Harrods, Samsonite dan pelbagai lagi. Harga saya perhatikan agak berpatutan. Di sini tidak crowded sangat, jadi selesa untuk memilih or tawar menawar. Pilih mana-mana yang berkenan. Disusun cantik bagi memudahkan pelanggan memilih.
Selain beg, antara kedai-kedai lain antaranya kedai judal jersi. Jersi Kelantan antara yang sentiasa menjadi pilihan pengguna di sini. Orang Kelantan memang ramai menetap di Kuala Lumpur kan? Koleksi Ikon, Koleksi Red Warrior. Harga, memang agak murah dan berbaloi. Tak perlula sampai nak pergi Rantau Panjang semata-mata nak beli jersi. Favourite kami, sudah semestinya kedai Pakaian Kanak-Kanak yang juga berada di Tingkat 1 ini. Pelbagai pilihan baju kanak-kanak, kasut yang membuatkan memang rambang mata dibuatnya.
Pilih sampai lebam. Kalau beli banyak boleh dapatkan harga diskaun/tawar menawar. Kalau yang lagi rajin, boleh hubungi Encik Izham order banyak-banyak terus in bulk. Jual dalam bentuk wholesale pun ada. Kalau yang buat bisness online jual baju kanak-kanak, sini pun pelbagai pilihan. Harganya pun memang agak murah dan setanding dengan baju kanak-kanak yang dijual di Kenanga Wholesale City misalnya. Yup, kami pun memang rambang mata dibuatnya. Isteri dan Azim masih memilih-milih pakaian. Hehehe….
Amboi-amboi, sampai terduduk di buatnya. Selain kedai beg, jersi, pakaian kanak-kanak, kedai untuk orang lelaki i.e. menjual kasut kerja/casual juga ada di tingkat 1 ini. Harga? Memang worth it. Kalau tak kerana nak cepat aritu, memang dah angkat sepasang kasut. Kemeja kerja pun ada dijual. Murah-murah dan berkualiti. I.e. satu helai rm50, 3 helai RM100. Next time memang kena singgah ni. Tahun baru, kena tambahkan koleksi baju kerja. Tak gitu? Anak-anak dah, lelaki dah, pakaian wanita pun dijual juga. Serba lengkap la tempat ini. Cuma mungkin kurang promosi dan lokasinya yang agak tersorok, ramai yang kurang tahu kehadiran Shopping Mall ini . Pilih-pilih, jangan malu-malu. Kualiti dan harga memang saya rasakan berbaloi. Kemudahan parking pun banyak cuma nak parking bawah tu kalau wanita, saya syorkan datang at least bawa teman.
Saya biarkan isteri seketika, agak-agak dah habis shopping belum ya? Hasil rembatan. Cuba teka total harga? Overall tak sampai RM150 campur dengan selipar Alisya sekali. Berbaloi rite? Cantik dan kena dengan Alisya. Overall, Kedai-Kedai di Tingkat 1 Plaza Ampang ini menawarkan pelbagai pilihan pakaian untuk seisi keluarga dengan harga yang berpatutan. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pakaian di Parkson, AEON, Midvalley, dan KLCC. Memang saya syorkan shopping di sini di kala kos sara hidup yang semakin meninggi . Jimat belanja puas hati. Alamat : Waktu Operasi : Hari weekday kedai buka jam 1030pg – 700ptg weekend 1030pg – 730ptg Kecuali jumaat buka jam 230ptg-730ptg utk bg staff sempat solat jumaat Kalau nak beli pakaian or barangan secara pukal di sini, bolehla hubungi Encik Izham di 0172040177 |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan