Khamis, 6 Februari 2014

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


.: Ribuan dengar penjelasan Anwar <b>di Kajang</b> - Mso - Blogger

Posted: 03 Feb 2014 07:38 AM PST

LAPORAN RENGKAS                                                                           Serangan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak yang taksub kepada Umno atau sedia menjadi alat kepada pemimpin parti Melayu itu terhadap Anwar yang dirancangkan bertanding di DUN Kajang, ternyata tidak berbekas.

Bahkan serangan dan kritikan kepada tindakan Adun PKR mengosongkan kerusi dan mahu meletak ketua pembangkang bertanding di situ oleh para sarjana upahan menerusi tv, juga sia-sia. Sebaliknya serangan dan pembalunan itu memberi daya tarikan untuk orang ramai mengetahui apa yang berlaku.


Serangan ke atas Anwar bertalu-talu sebaik pelan transisi MB yang dikenali Gerakan Kajang itu dimulakan beberapa hari lepas. Ini terbukti malam ini apabila ribuan hadir di Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang untuk mendengar penjelasan Anwar berhubung pelan berkenaan, sekejap tadi.

Sebaik saja selepas Maghrib orang sudah berpusu-pusu ke situ. Dewan penuh sesak menyebabkan orang ramai hanya berlegar di luar dewan. Beberapa buah khemah disediakan di luar dewan juga penuh. Jalan Sg Sikamat -  Kajang hampir setengah kilometer dipenuhi kereta kiri kanan. Melihat kereta besar dan mewah yang diparking di kiri kanan jalan jelas sambutan dan dokongan terhadap Anwar tidak berubah dan pelan transisi itu disetujui.

Melihat suasana malam ini menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim masih popular dan segala bentuk serangan dan cemuhan ke atasnya tidak menghakiskan sokongan terhadapnya. Keadaan ini sudah tentu menjadi pemimpin UBN akan pening kepala kerana apa juga usaha untuk memburukkan Anwar tidak menjadi.

Dalam ucapan tadi, Anwar menjelaskan pelan transisi atau Gerakan Kajang itu bukan kerana hendak memenuhi kehendak nafsunya menjadi MB selepas gagal jadi PM seperti dakwa pihak Umno, tetapi ia untuk menatijahkan perkara lebih penting dari itu demi rakyat.

Antara apa yang menjadi hasratnya Pakatan Rakyat perlu menjadikan Selangor sebagai modal kerajaan Pakatan Rakyat yang akan diyakini rakyat dengan tata tadbiran yang sempurna. Dengan cara itu ia akan menjadi asas baik untuk menyakinkan rakyat menyakini Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya.

Menurutnya agama menjadi tunggak dalam pengukuhan itu.

"Kita perlu perkukuhkan Selangor untuk Pakatan Rakyat, bila Selangor kukuh PKR, DAP dan Pas juga kukuh," jelasnya.

Dalam masa sama juga katanya semua parti Pakatan Rakyat, Pas, PKR dan DAP perlu memperkuatkan kedudukan untuk mencapai apa dihajati itu. Apa yang dirancangkan bukan saja untuk PKR tetapi untuk Pakatan Rakyat.

"Jadi semua pihak kena turun mendekati rakyat dan merayu undi dari rakyat bila pilihan raya nanti," kata Anwar.

Turut hadir dalam majlis itu ahli Parlimen Hulu Langat Dr Rosli, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan lain-lin. Anwar dalam kesempatan itu memuji pentadbiran Khalid selama enam tahun di Selangor yang berjaya meletakkan Selangor sebagai negeri yang maju dan berjaya mengukuhkan ekonomi negeri itu. [wm.kl.11:37 pm 03/02/14]

Saya bertanding <b>di Kajang</b> kerana mahu pertahan Pakatan – Anwar <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2014 09:09 PM PST

(Oleh: Nazar Hashim)

KUBANG SEMANG 2 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Ibrahim berkata, keputusannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, kerana mahu menangkis serangan Umno terhadap Pakatan Rakyat dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar Ppinang"Saya tidak gila kuasa. Sanggup bertanding Dun Kajang bagi menangkis serangan melampau Umno Selangor, khususnya Pengerusi Perhubungan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib.

"Umno-BN memantau dengan serius kekuatan yang ada pada Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor bersama-sama dengan pimpinan PR.

"Jika dibiarkan, pimpinan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid akan terus diserang habis-habisan selama 4 tahun lagi walaupun banyak yang telah beliau lakukan untuk kebajikan rakyat," katanya ketika menyampaikan ceramah penerangan beliau di Yayasan An-Nadhoh, Kubang Semang , semalam.

Menurut ketua pembangkang itu, Umno kini tidak lagi melihat kepada keperluan dan kebajikan rakyat Selangor, sebaliknya berterusan menyerang Pakatan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Mudir Yayasan An-Nadhoh, Ustaz Mutalib Maarof, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Badrul Hisham Shaharin serta kepimpinan KEADILAN, PAS dan DAP Pulau Pinang.

Anwar juga berkata, serangan yang dilemparkan kepadanya, termasuk daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan betapa gerunnya Umno-BN terhadap kekuatan Pakatan Rakyat.

"Mahathir juga kata saya tidak layak jadi PM, tapi hanya jadi MB saja. Kasihan pada Mahathir juga, sudahlah jalan tidak kuat lagi, tapi digunakan Umno untuk menyerang saya lagi sehingga kini.

"Pakai baju jersi Selangor pun dah jadi kontroversi bagi pimpinan Umno," tambah Anwar.

"Strategi kita menjadi. Oleh kerana itu diharapkan semua jentera akan turun padang bagi memastikan Kajang tetap pada PR. Umno-BN mesti dikekang dari terus memanipulasi kebenaran," katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58852

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads