12 di balakong - Google Blog Search |
HOT : TRAGEDI TIKAM MENIKAM TELAH BERLAKU <b>DI</b> #<b>KAJANG</b> <b>...</b> Posted: 09 Feb 2014 04:27 PM PST Mengikut sejarah, asal-usul nama Kajang, bermula dengan kisah dua sahabat, Orang Asli dan Melayu yang tinggal di kawasan bernama Reko. Suatu hari, dua sahabat ini menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba hujan lebat, lalu mereka pun berhenti berteduh. Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Pada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh. Tetapi pada fahaman Orang Asli, berkajang bermaksud bertikam. Akibat salah faham ini, Orang Asli telah menikam rakan Melayunya itu. Tragedi ini telah menyebabkan Kajang diberikan nama sedemikian rupa. Benar atau tidak, kisah asal-usul Kajang ini seolah-olah refleksi kepada PRK Dun Kajang yang ditetapkan pada 23 Mac depan. Walaupun pertandingannya antara dua bangsa ultra kiasu yang berbeza, tetapi yang menjadi mangsa tikamannya adalah orang Melayu. Melayu juga yang rugi. Siapa untung? Fikirlah sendiri. Musuh blog saya memberi komen betapa baiknya orang Cina ultra kiasu memberi laluan kepada Melayu untuk bertanding dalam PRK Dun Kajang. Perlepasan Dun Kajang adalah bukti Cina ultra kiasu bukan mahukan kuasa, tetapi mahukan keadilan. Benarkah? Pada saya, perlepasan Dun Kajang adalah strategi ultra kiasu, melihat drama Melayu 'berbunuhan' sesama sendiri. Manakala mereka bertepuk tangan. Sebab itu, mereka sanggup lepaskan kuasa. Musuh saya boleh menipu orang lain, tetapi bukan saya. Saya tidak akan tertipu dengan silap mata ini. PRK Dun Kajang adalah permainan politik. Bukan soal Cina mahu kuasa atau tidak. Ini soal strategi untuk berkuasa dan mendapat lebih kuasa. Kesempatan ketika orang Melayu sedang bermusuhan sesama sendiri dihangatkan lagi. Malangnya, orang Melayu ultra kiasu melihat percaturan ini merupakan salah satu strategi untuk menguasai Putrajaya. Apakah mungkin ini berlaku? Ramai tertanya-tanya, kenapa Dun Kajang yang dipilih bukan Dun majoriti Melayu. Untuk makluman semua, Dun Kajang adalah Dun majoriti Melayu, mewakili 48 peratus. Dun inilah paling strategik untuk membuktikan ultra kiasu Melayu mendapat sokongan Melayu. Sokongan Cina sudah tentulah tidak berbelah bahagi. Jika Cina ultra kiasu benar-benar ikhlas, tawarkan Dun majoriti Cina yang dimenangi oleh ultra kiasu. Misalnya, Sekinchan, Teratai, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Damansara Utama, Bukit Lanjan, Pandamaran, dan Sungai Pinang. Saya tidak nampak ultra kiasu akan melepas kerusi Dun (kuasa) kepada orang Melayu dan memaksa pengundinya mengundi Melayu. Lazimnya, politik di Malaysia ini, Melayu sanggup korbankan kerusinya untuk memberi laluan kepada Cina. Kenapa sukar sangat untuk Cina berkorban kepada Melayu. Apakah benar Cina ultra kiasu tidak mahu kuasa? Siapa yang lebih bertoleransi? Saudara pembaca perasan atau tidak, lazimnya apabila tiba musim perayaan setiap kaum di negara kita, pemimpin-pemimpin Melayu akan berpakaian tradisi bangsa yang menyambut perayaan tersebut. Misalnya, ketika Deepavali atau Thaipusam atau Tahun Baru Cina, pemimpin Melayu akan memakai India (kurta) dan pakaian tradisi Cina. Semua ini dilakukan sebagai tanda toleransi dan mahu mengambil hati. Tetapi teramat jarang kita lihat atau tidak pernah langsung, pemimpin bukan Melayu memakai baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Puasa. Kenapa ya? Nampak isu ini kecil, tetapi ia penting dalam pembinaan negara bangsa. Kita selalu mencanangkan, Malaysia adalah model terbaik dunia dalam kehidupan bermasyarakat majmuk. Kita tidak mempraktikkan asimilasi, tetapi lebih kepada integrasi dan akomodasi. Apakah itu benar? Sedangkan asimilasi adalah pendekatan terbaik untuk berintegrasi dan berakomodasi? Sebenarnya integrasi dan akomodasi pun kita gagal. Begitu juga dengan akulturasi yakni peminjaman budaya orang lain. Pernah orang Cina meminjam budaya Melayu seperti memakai baju Melayu. Saya tidak nafikan ada, tetapi terlampau sedikit. Berbanding pemimpin Melayu yang kerap melakukannya. Saya mengharapkan selepas ini pemimpin Melayu tidak perlulah terhegeh-hegeh memakai pakaian tradisi orang lain. Popularkanlah pakaian tradisi sendiri, walaupun berada dalam majlis keraian orang lain atau bangsa lain. Melayu perlu ada jati diri, tidak perlu menjadi orang lain bagi menunjukkan mereka lebih bertoleransi. Cukuplah sekadar menghadiri majlis-majlis mereka. Kenapa Melayu terhegeh-hegeh?RIDHUAN TEE ABDULLAH |
You are subscribed to email updates from di balakong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan