12 di selayang - Google Blog Search |
77 Kereta Musnah, Bengkel Terbakar <b>Di Selayang</b> - 1 Malaysia News Posted: 20 Jan 2014 08:38 PM PST Views: 259 views Rating: KUALA LUMPUR – Sebanyak 77 kereta musnah manakala 25 berjaya diselamatkan dalam kebakaran sebuah bengkel di Batu 8, Selayang, dekat sini malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata dalam kejadian pada kira-kira 8 malam yang melibatkan empat unit kedai termasuk bengkel berkenaan, pihaknya menerima panggilan pada 8.08 dan tiba lima minit kemudian. "Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira sejam kemudian. Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata sebanyak 12 pegawai dan anggota membabitkan dua jentera dari Balai Bomba Selayang dan Gombak dikejarkan ke lokasi kejadian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA Berita berkaitan:Comments |
You are subscribed to email updates from di selayang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan