Selasa, 4 Februari 2014

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Chong Wei calon BN <b>di Kajang</b>?.. Ini jawapan Chong Wei..

Posted: 31 Jan 2014 10:00 PM PST


Semalam, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan MCA meletakkan Chong Wei sebagai calon BN di DUN Kajang kerana populariti jaguh badminton dunia itu mampu menandingi populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, pemilihan Chong Wei sebagai calon juga dapat mengalihkan pelbagai isu yang melanda negara sekarang.

Mengulas cadangan itu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA tidak menolak kemungkinan tersebut kerana populariti Chong Wei mungkin boleh membantu memberikan kemenangan kepada BN di kerusi tersebut.

"Tidak kira siapa calon pun, kita bersikap terbuka. Kita akan pilih calon yang boleh menang.

"Kriteria penting yang perlu ada pada calon itu ialah semangat untuk berkhidmat, prihatin kepada rakyat, semangat BN yang kental dan dapat memberikan pembangunan," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Rumah Terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina di Wisma MCA di sini hari ini.

Ini jawapan Chong Wei yang tak tahu menahu tentang cadangan itu..

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Menurut Chong Wei, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di gelanggang politik. "
Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang desas-desus mengatakan beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ~ Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads