Selasa, 4 Februari 2014

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search

Salam Monash: PU Hafiz @ <b>Ulu Kelang</b>

Posted: 29 Jan 2014 11:38 PM PST

Masjid al-Ridhuan, Ulu Kelang yang terletak bersebelahan MRR2 sememangnya telah dikenali ramai terutama bagi para pencinta ilmu. Saban malam sentiasa meriah dengan pelbagai program keilmuan seperti kuliah Maghrib dan kelas pengajian berkitab. 
Sememangnya demikianlah fungsi masjid. Bukan sekadar tempat untuk bersolat jemaah, akad nikah dan solat jenazah sahaja tetapi sewajarnya diimarahkan dengan pelbagai program percambahan ilmu ke arah memberi kefahaman tentang ilmu-ilmu Islam sejagat.

Bersabda RasuluLlah SAW, "Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di dunia), hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu ditanya oleh para sahabat, "Apakah taman-taman syurga itu?". Jawab baginda SAW, "Majlis-majlis ilmu". (Riwayat at-Termidzi)

Maksudnya : "Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).
- See more at: http://harithfaisal.blogspot.com/2011/01/bertamu-di-taman-syurga.html#sthash.0DmvNaeC.dpuf

Secara peribadi, saya tabik kepada para AJK masjid yang sentiasa berusaha menyemarakkan bau harum taman-taman syurga sehingga dapat dinikmati bersama. Moga sentiasa dirahmati ALLAH SWT. Ameen.
Sebagai makluman, Inshaa ALLAH pada hari Sabtu ini, 01/02/2014; juara Mimbar Pencetus Ummah, Ustaz Hafiz Haneefa akan datang ke Masjid al-Ridhuan bagi mengisi slot Kuliah Maghrib Perdana. Kepada para pencinta ilmu terutama para peminat Ustaz Hafiz, usah lepaskan peluang keemasan ini. Turut menyerikan majlis adalah kumpulan nasyid UNIC.
Manakala pada malam berikutnya pula, Ahad malam Isnin, 02/02/2014 bakal dilangsungkan Forum Perdana Khas untuk remaja. PU Rahmat, salah seorang peserta peringkat akhir Pencetus Ummah akan turut serta sebagai ikon anak muda.

Walaupun untuk anak-anak muda, ibu-ayah serta atuk-nenek amat dialu-alukan sebagai pengiring dan memberi sokongan moral kepada mereka. Apatah lagi, konsep menuntut ilmu itu amat luas - tiada batasan usia walaupun bicaranya tentang ragam anak-anak remaja.

RasuluLlah SAW bersabda, "Barangsiapa yang memasuki sesuatu jalan untuk menuntut ilmu, ALLAH akan mudahkan untuknya jalan ke syurga". (Riwayat Muslim).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads