12 di balakong - Google Blog Search |
- Masaalah air <b>Balakong</b>: Jentera BN menangguk <b>di</b> air keruh - MiLo <b>...</b>
- Tong Air Laris Dijual <b>di Balakong</b> | Suara Anak Muda FELDA
- Kecoh <b>di Balakong</b> gara-gara rebut air? - PILIHANRAYA KINI
Masaalah air <b>Balakong</b>: Jentera BN menangguk <b>di</b> air keruh - MiLo <b>...</b> Posted: 23 Feb 2014 06:49 AM PST MASAALAH air di Balakong nampaknya tiada tanda-tanda akan selesai dalam masa terdekat. Penduduk terpaksa bersusah payah mengangkut air untuk kegunaan harian. Isu air yang sudah berlarutan lebih 2 minggu di Balakong ini menunjukkan kelemahan pengurusan air oleh Syabas sangat menyusahkan rakyat. Lantaran itu banyak siri bantahan dibuat oleh penduduk setempat di simpang-simpang jalan mengkritik pengurusan Syabas secara terbuka. Bagaimanapun, sumber dari salah seorang sahabat yang tinggal di Balakong, mendakwa bahawa jentera BN sudah mula menyebarkan dakyah kepada penduduk. Antara dakyah yang disebarkan ialah, masaalah air yang dialami penduduk kononnya disebabkan kelemahan pengurusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. Jelas sekali jentera BN ini memandang rendah kebijaksanaan penduduk Kajang. Mereka sangka penduduk Kajang tidak tahu bahawa air Selangor diurus oleh Syabas, yang mana pengerusinya Tan Sri Rozali merupakan Bendahari Umno Selangor. "Kajang tempat orang celik internet, celik maklumat" |
Tong Air Laris Dijual <b>di Balakong</b> | Suara Anak Muda FELDA Posted: 20 Feb 2014 11:48 PM PST Tong Air Laris Dijual di BalakongKUALA LUMPUR – Penjualan tong air di Taman Impian Ehsan, Balakong dekat sini laris umpama 'pisang goreng panas' ekoran krisis air yang melanda kawasan tersebut. Seorang peniaga yang dikenali sebagai Pang, 38, berkata, tong air di premisnya habis dijual dalam tempoh empat jam pada hari ketujuh krisis tersebut. "Sejak krisis air melanda di kawasan Taman Impian Ehsan, orang ramai berpusu-pusu mencari peralatan untuk menyimpan bekalan air. Sebanyak 30 buah tong air habis dijual dalam masa tersebut dan berlarutan hingga hari kesembilan. "Kebanyakan daripada mereka membeli tong hitam besar untuk digunakan bagi menyimpan air. Saya juga terpaksa memesan stok tong itu sebanyak 30 hingga 40 buah lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Tinjauan di beberapa premis perniagaan yang menjual peralatan tersebut mendapati, rata-rata tong air dijual antara RM20 hingga RM30 mengikut saiz. Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit yang enggan dikenali berkata, bagaimanapun permintaan terhadap tong air semakin berkurangan ketika ini dan ia hanya laris pada permulaan krisis air. Selain itu, beberapa premis yang menjalankan perniagaan dobi hanya beroperasi pada waktu tertentu berikutan bekalan air yang tidak mencukupi selain pusat mencuci kenderaan ditutup. Sementara itu, tinjauan turut dijalankan di Flat Taman Setia yang terjejas akibat terputus bekalan air dan para penduduk berpusu-pusu bagi mendapatkan bekalan air kecemasan dari lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas). Seorang penduduk, Noriah Mat Saat, 44, berkata, dia membeli sebuah tong air dengan harga RM5 yang dijual oleh pihak tertentu di kawasan tersebut. "Saya menyediakan sebanyak enam buah tong untuk kegunaan harian, namun ia tidak mencukupi. Setiap hari kami mencari bekalan air di beberapa tempat," katanya. Penduduk di flat itu, Md. Kamal Abu Bakar, 46, pula berkata, keadaan krisis air semakin meruncing dan menjejaskan aktiviti harian penduduk. "Saya bimbang kerana anak-anak masih bersekolah. Susah mereka hendak mandi. "Selain itu, akibat mengangkat tong air naik ke tingkat tiga flat menyebabkan pinggang saya sakit," jelasnya. – Utusan Malaysia NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com Artikel disiar pada February 21, 2014 - 3:48 pm oleh Nor Azlina Shaari |
Kecoh <b>di Balakong</b> gara-gara rebut air? - PILIHANRAYA KINI Posted: 20 Feb 2014 08:30 PM PST Penduduk di Taman Impian Ehsan yang menderita akibat bekalan air yang terputus sejak hampir 2 minggu lalu mendakwa lori tangki milik Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) diceroboh. Seorang penduduk Kui Ei Chin berkata 'cerita kedai kopi' itu mula tersebar secara meluas di kawasan perumahan mereka. "Saya memang tahu ada orang cerita lori SYABAS kena 'kidnap' di bawah. Ini kerana sekarang semua orang mahu air, jangan cakap nak mandi, nak buang air pun kena tahan," katanya ketika ditemui Rakyat News semalam. Tambah wanita awal 30an yang ditemani ibu Jamoi Piang, 75, krisis air seringkali menimpa penduduk terutamanya dikawasan berbukit namun ia tidak melibatkan tempoh yang panjang. "Ini sudah hampir 2 minggu. Bila ada air ya SYABAS? Sila bagi jawapan," tegas beliau dengan nada kesal. Tinjauan selama 4 jam Rakyat News di beberapa kawasan terlibat semalam mendapati penduduk kelihatan menderita akibat daripada musibah yang menimpa mereka. [ARTIKEL DI SINI] Sementara itu seorang lagi penduduk Rajakumaran menyifatkan SYABAS gagal dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk Selangor. "Sini saya sudah duduk hampir 7 tahun, ini kali pertama dan 11 hari yang teruk. SYABAS bagi dua buah lori sahaja untuk 1 taman, mana cukup. Ini kali SYABAS sangat teruk. Dari sudut parti politik kita tidak mahu cakap, sekarang masalah SYABAS tidak cukup lori dan perlu ditambah, sudahlah tangki kecil," katanya. Manakala bagi seorang guru taska Ummi Salamah Ahmad Ghazali berkata pihaknya terpaksa meminta para ibubapa supaya dapat menyumbangkan bekalan air ketika menghantar anak mereka. "Taska perlu banyak air dan terpaksa minta ibubapa bawakan," ujarnya. Ummi yang juga guru kepada 30 orang pelajar itu memberitahu beliau terpaksa menghubungi rakan yang juga pengusaha lori persendirian supaya dapat menghantar bekalan air ke taska tersebut. "Lori SYABAS, kadang-kadang jam 2 pagi, macam semalam jam 5 pagi baru mereka datang," katanya. - Rakyat News |
You are subscribed to email updates from di balakong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan